Kalau sebelum ini, admin sudah kongsikan 2 pertanyaan, maka pada post ini akan admin kongsikan tambahan 3 soalan yang boleh ditanyakan semasa temuduga/interview. Dan soalan ini boleh ditanyakan sama ada semasa interview online ataupun interview offline/face to face/bersemuka. Baca post sebelum ini (part 1 di sini: Soalan Temuduga Yang Boleh Ditanyakan Semasa Covid-19)
✔️ “Apakah perubahan atau tindakan yang syarikat ambil untuk memastikan keselamatan pekerja dan klien dari covid19?”
Jawapan dari pihak syarikat akan menunjukkan betapa serius mereka dalam menjaga kebajikan pekerja. atau sambil lewa sahaja. Syarikat yang serius pasti ambil langkah asas patuhi SOP seperti semak suhu, sanitasi tangan dan lokasi kerja. Bahkan ada yang memberi mask, glove, vitamin C secara percuma kepada pekerja supaya lebih selamat
Perubahan/Tindakan yang diambil akan mempamerkan tahap serius dan peduli syarikat kepada pekerja dan pelanggan mereka.
Dan ini antara high-class question untuk anda ajukan. Bergantung kepada keadaan juga nak tanya ni.
✔️ “Bagaimana pihak syarikat memberi sokongan (atau ada sebarang inisiatif/insentif) kepada proses peningkatan kemahiran atau pembelajaran kepada pekerja supaya pekerja sentiasa relevan dengan perubahan teknologi atau pasaran”
Sebenarnya, syarikat yang bagus, adalah sentiasa menambah baik kemahiran pekerja. Kerana pekerja yang mahir, lebih cekap, lebih cepat, lebih kualiti akhirnya lebih untung. Sokongan itu boleh hadir dalam bentuk formal dan informal.
💡 Formal – kursus latihan.
💡 Informal – bimbingan oleh senior staf
Lagipun, kita nak bekerja dan pada masa sama jadi lebih mahir. baru ada career growth!
✔️ “Apakah keutamaan syarikat sekarang selepas covid19? Dan bagaimana fungsi orang yang mengisi jawatan ini kearah keutamaan itu”
Jangan tanya soalan ini kalau anda apply jawatan sales kerana terus terang la kerja anda buat sales! Adoi nak. Soalan ni bagus jika tak nampak direct contribution kepada keutamaan syarikat. Dengan cara ini, ada pun tahu apa yang penting dan tak penting dalam syarikat.
Soalan ini juga memberi anda makna dalam bekerja. Anda tahu anda perform dan memberi sumbangan pada syarikat. Kepuasan bekerja bila kita tahu kita berperanan.
Okay? Semoga berjaya pada temuduga Anda semua! Baca tip temuduga dan mencari kerja lainnya di blog ini, dan kongsikan juga kepada rakan-rakan Anda.