Seringkali anda tertanya-tanya, apakah nilai atau kriteria yang dicari oleh majikan pada ketika ini. Kemahiran yang selari dengan permintaan semasa dapat membantu anda untuk melepasi peringkat temu duga dan berkemungkinan mampu melayakkan diri untuk menyandang jawatan yang dimohon. Kami kongsikan 5 kemahiran yang perlu ada pada diri anda supaya anda menjadi orang yang dicari-cari oleh pihak majikan!
- Kemahiran Teknologi dan Digital
Memahami dan mahir menggunakan alatan teknologi pada ketika ini adalah perkara asas yang menjadi keperluan pekerjaan. Pelajari teknologi terkini, perisian dan aplikasi canggih serta alatan analisis yang menjadi keperluan semasa dalam dunia industri. Tentunya kemahiran ini membolehkan anda kekal relevan serta boleh bekerja dengan lebih cekap dan efektif.
- Analisis Data
Dalam era moden ini, kemahiran untuk menganalisis data sangat diperlukan. Kemahiran untuk mengumpul, menganalisis serta membuat keputusan secara berstruktur membolehkan anda memenuhi nilai problem solver serta decision-maker. Kedua-duanya amat penting, terutamanya ketika anda mendepani situasi yang memerlukan tindakan secara rasional.
- Pemikiran Kreatif dan Kritis
Keupayaan untuk berfikir secara kreatif dan kritis merupakan nilai penting, agar dapat memandang sebuah isu atau sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Kemahiran ini membolehkan anda mengenalpasti serta menyelesaikan masalah dengan idea baharu dan tidak tertakhluk kepada kaedah biasa yang digunakan. Berfikir di luar kotak membolehkan anda menilai punca serta solusi terhadap masalah yang dihadapi agar dapat mengelakkan krisis berpanjangan di tempat kerja.
- Pengurusan Projek
Nilai kepimpinan merupakan senjata penting ketika anda mengetuai sesebuah projek secara berkumpulan. Kemahiran pengurusan dalam menggalas jawatan tersebut membolehkan pelaksanaan projek, di samping anda menjadi role model terhadap rakan sekerja.
- Kemampuan Beradaptasi dengan Pelbagai Latar Belakang & Budaya
Anda perlu bersedia untuk mengadaptasi dengan kepelbagaian budaya di tempat kerja, terutamanya dengan rakan sekerja yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Memahami variasi budaya yang diterapkan di tempat kerja membolehkan anda selesa untuk berkomunikasi selain dapat mewujudkan serta mengekalkan hubungan profesional yang baik dengan banyak pihak.
Nak tahu lebih lanjut? Sertai webinar percuma “5 Kemahiran yang Dicari oleh Majikan Sekarang” pada Rabu (28 Ogos 2024) jam 9-10 malam, di aplikasi Zoom. Klik link untuk daftar sekarang! https://careercube.com.my/programme/webinar-kerjaya/)