Tahniah diucapkan kepada semua calon yang akan menerima keputusan peperiksaan SPM 2024 (Sijil Pelajaran Malaysia 2024)!
Pastinya ramai dalam kalangan anda sedang mempertimbangkan langkah seterusnya, sama ada ingin melanjutkan pelajaran atau bekerja. Apa pun keputusan yang diambil, kami ucapkan tahniah atas segala usaha dan pencapaian anda.
Bagi anda yang masih belum merancang, jangan risau! Kami kongsikan beberapa cadangan aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa anda dengan lebih produktif.
- Pelajari Kemahiran Baru
Anda boleh menyertai kursus atau program mengikut kemahiran yang anda minati. Contohnya, reka bentuk grafik, jahitan, masakan, pertukangan, dan banyak lagi. Ini ialah peluang untuk anda pelajari kemahiran baru, meningkatkan kemahiran sedia ada, dan mengasah bakat anda.
Kebanyakan program ditawarkan bertempoh singkat. Tetapi jangan risau! Ia dilengkapi dengan bahan pembelajaran yang sangat berguna dan anda akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Di akhir program, anda akan menerima sijil dan pengalaman berguna untuk masa depan.
- Mencari Pekerjaan
Banyak sektor pekerjaan menawarkan peluang kepada lepasan SPM untuk bekerja, sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa. Dengan bekerja, anda dapat menimba ilmu, menambah baik kemahiran komunikasi, serta membuka minda anda tentang realiti kehidupan sebenar.
Tidak lupa juga anda boleh merasai wang hasil daripada pekerjaan yang anda usahakan sendiri!
- Membantu Di Rumah
Sekiranya anda ingin berada di rumah sahaja, anda boleh membantu ibu bapa dengan melakukan kerja-kerja rumah. Contohnya, menanam bunga dan sayur, membaiki peralatan elektrik yang rosak, dan banyak lagi.
Ini akan mengasah kemahiran baru dan yang paling penting, menceriakan suasana di rumah.
- Mengambil Lesen Memandu
Lesen memandu ialah perkara yang diinginkan oleh pelajar selepas tamat persekolahan. Dalam tempoh masa yang terluang, anda boleh memanfaatkannya untuk menghadiri kelas memandu di institut latihan berhampiran.
- Sertai Aktiviti Sukarelawan
Anda boleh melibatkan diri dalam program kesukarelawan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau organisasi swasta mengikut kesesuaian lokasi dan masa anda.
Ia berupaya memupuk semangat kerjasama dan perpaduan tanpa mengira usia atau jantina serta meningkatkan kemahiran sosial anda.
Lakukan apa sahaja aktiviti yang bermanfaat, asalkan anda tidak mensia-siakan masa begitu sahaja. Dalam masa yang sama, anda juga boleh mencari maklumat mengenai kursus dan program pengajian yang diminati, serta tawaran biasiswa yang tersedia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Lihat Senarai Ranking Sekolah Terbaik SPM 2024 Untuk SBP dan MRSM
Muat turun maklumat biasiswa di sini -> Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2024
Ketahui laluan kerjaya selepas SPM di sini -> Laluan Kerjaya Selepas SPM 2024
Anda mempunyai pertanyaan tentang kerjaya selepas SPM? Mahu dapatkan tips untuk lepasan SPM? Cara cari biasiswa dan yang lain? Sertai dan tanyakan di – > Komuniti Kerjaya Career Cube
Semoga berjaya!