Kali ini kami ingin kongsikan khas buat para pelajar yang sedang mencari tajaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Setiap tajaan biasiswa menawarkan mod pembiayaan yang berbeza seperti tajaan penuh, pinjaman pelajaran boleh ubah dan pinjaman bersyarat.
Anda perlu faham biasiswa bukan “wang percuma” yang diberikan kepada pelajar, ia adalah sebuah cara di mana syarikat atau sesuatu badan mencari bakal graduan yang bakal bekerja di syarikat atau badan tersebut.
JENIS BIASISWA:
1. Bonded (Terikat)
Antara syarat yang diberikan kepada penerima biasiswa adalah apabila telah habis belajar, anda perlu bekerja di bawah mereka mengikut tempoh yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika anda ambil biasiswa di bawah Program Ijazah Sarjan Muda Perguruan (PISMP), perlu bekerja di bawah kerajaan selama empat tahun mengikut kontrak.
“Bagaimana jika saya tidak ingin bekerja dengan mereka selepas graduate, boleh ke?”
Boleh!
Keadaan itu dikira sebagai Breach Of Contract (BOC), di mana anda perlu membayar semula kepada mereka dengan jumlah yang penuh.
Antara manfaat yang anda dapat sekiranya mengambil biasiswa jenis bonded adalah sebuah pekerjaan telah dijanjikan sebaik sahaja tamat belajar.
2. Non-bonded (Tidak Terikat)
Bagi biasiswa jenis non-bonded, anda boleh pilih mana-mana syarikat yang anda mahu bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran.
Oleh itu, anda perlu kenal pasti keadaan dan jenis biasiswa yang ingin mohon. Ada biasiswa yang anda pinjam 100%, namun tidak perlu bayar semula jumlah pinjaman. Ada juga biasiswa yang bergantung kepada keputusan pelajaran iaitu Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah. Contohnya, anda mendapat keputusan sebanyak 3.8 dan kos bayaran pinjaman yang perlu dibayar hanya sebanyak 0% dan ia bergantung kepada keputusan yang anda perolehi.
JENIS MOD PEMBIAYAAN:
- Biasiswa penuh
- Pinjaman pelajaran boleh ubah
- Pinjaman pendidikan
Seterusnya adalah perkara-perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum memohon biasiswa seperti:
1. Syarat kelayakan pemohon
Anda perlu meneliti dan memahami syarat-syarat yang dikeluarkan oleh syraikat atau badan organisasi tersebut.
2. Kenali minat kecenderungan diri sendiri
Anda perlu merujuk model RIASEC atau berjumpa dengan kaunselor untuk pandangan dan nasihat serta perlu kaji dan ambil tahu tentang pasaran kerja di masa akan datang. Dengan cara, melihat kajian Critical Occupations List yang dikeluarkan oleh TalentCorp Malaysia. Ini kerana minat perlu selari dengan peluang pekerjaan.
3. Struktur dan cakupan biasiswa
Perlu faham bahawa ada biasiswa yang ditawarkan kepada anda bukan 100% jenis yuran yang akan mereka ‘cover’. Sebagai contoh, ada biasiswa yang hanya membayar yuran pengajian sahaja dan ini bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Oleh itu, anda perlu perhatikan dengan betul kerana bukan semua biasiswa akan menanggung semua yuran.
4. Pilih institusi
Anda perlu pilih lokasi dan institusi mana yang anda hendak sambung belajar. Ia tidak menjadi pemberat bagi sesebuah syarikat dan industri untuk mengambil anda bekerja kerana setiap institusi ada kelebihan masing-masing yang perlu anda explore.
Prepare yourself for your future.