Ramai pelajar lepasan universiti keliru sama ada ingin bekerja sendiri atau berniaga. Mari kita fahami perbezaannya.
Bekerja sendiri (freelancing) ialah individu yang bekerja secara bebas mengikut kemahiran atau kepakaran tertentu yang menyebabkan mereka tidak mempunyai majikan tetap. Semua kerja diuruskan sendiri. Contoh freelancing ialah pereka grafik dan penulis bebas. Berbeza dengan freelancing, berniaga (entrepreneurship) bermaksud menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produk atau perkhidmatan. Contohnya, berniaga makanan dan minuman. Kenapa ramai orang mempertimbangkan dua pilihan ini? Hal ini kerana faktor fleksibiliti, minat, dan peluang pendapatan. Oleh itu, kita perlu tahu kelebihan dan kekurangan dua pilihan tersebut.
Kelebihan bekerja sendiri:
- Bebas memilih projek dan klien yang diingini
- Masa bekerja yang fleksibel
- Berpotensi untuk mempunyai pendapatan yang tinggi sekiranya kemahiran yang ditawarkan berpatutan
- Kos operasi lebih rendah
Kekurangan bekerja sendiri:
- Pendapatan yang tidak menentu
- Tiada jaminan faedah pekerja seperti KWSP dan faedah lain
- Memerlukan usaha yang lebih untuk mencari pelanggan
Kelebihan berniaga:
- Berpotensi mendapat keuntungan yang besar sekiranya perniagaan berjaya dikembangkan
- Mempunyai aset yang boleh diwariskan atau dijual
- Mencipta peluang pekerjaan dan membantu ekonomi masyarakat
Kekurangan berniaga:
- Terdedah kepada risiko kerugian, terutamanya pada peringkat awal
- Memerlukan pelaburan modal yang bijak dan strategi pengurusan peniagaan yang cekap
- Komitmen tinggi dalam mengurus pekerja, pelanggan, dan operasi
Setelah kita tahu kelebihan dan kekurangan kedua pilihan tersebut, kita perlu mempertimbangkan beberapa faktor untuk membuat keputusan, iaitu modal, kemahiran, dan keupayaan menghadapi risiko. Jika anda mempunyai modal kecil dan inginkan fleksibiliti, anda sesuai untuk bekerja sendiri. Jika anda sukakan cabaran dan memiliki modal yang besar, berniaga merupakan pilihan yang terbaik.
Kesimpulannya, pilihan yang terbaik bergantung kepada matlamat, minat, dan kemampuan anda sebagai seorang individu. Ada yang bekerja sendiri dahulu sebelum berniaga. Apapun pilihan anda, perancangan dan usaha menentukan kejayaan.