Pertanyaan ini dikongsikan oleh seorang pembaca (Inspir*****) yang bertanya bagi pihak adiknya:
“Assalammualaikum nak tanya, adik saya baru bekerja kat satu company ni dah 5 hari tapi ada masalah sikit jadi terpaksa bagi notis berhenti kerja 24 jam.
Kemudian company suruh bayar ganti rugi sebanyak RM1,700 (dah dinyatakan dalam offer letter mereka kalau berhenti 24 jam berapa harga kena bayar).
Tapi semasa adik saya kerja kat situ pun, adik saya tak diprovidekan apa-apa benefit, malah disuruh beli headphone sendiri (untuk kegunaan kerja juga).
Jadi apa yang perlu adik saya buat sekarang? Perlu ke adik saya bayar jugak?”
Soalan ini sangat biasa berlaku, terutamanya dalam kalangan pekerja yang baru masuk kerja dan masih dalam fasa menyesuaikan diri.
Waalaikumsalam.
Kalau dalam kontrak kerja atau surat tawaran kerja jelas dinyatakan “jika berhenti dalam tempoh notis singkat kena bayar ganti rugi RM1700,” secara undang-undang majikan memang boleh tuntut.
Itu dianggap sebagai contractual obligation (tanggungjawab kontrak).
Nilai RM1700 biasanya adalah bersamaan dengan gaji sebulan, sebab notis berhenti standard biasanya sebulan.
Jadi kalau tak cukup notis → kena bayar gaji notis.
Walaupun syarikat tak bagi benefit lain atau suruh beli peralatan sendiri (lagipun baru kerja 5 hari, tak sempat nak beri atau dapat benefit), itu tidak secara automatik membatalkan klausa notis.
➡️ Apa Pilihan Adik Sekarang?
Pilihan 1: Bayar ganti rugi, selesai ikut kontrak, tak ada masalah undang-undang.
Pilihan 2: Cuba berunding dengan HR atau majikan, contohnya minta kurangkan jumlah bayaran. Kadang-kadang, jika berunding dengan baik, syarikat setuju sebab nak elakkan proses panjang.
Pilihan 3: Kalau rasa majikan bertindak tak adil (contohnya paksa beli barang kerja sendiri, atau ada isu lain), boleh failkan aduan ke JTK. Pegawai akan buat siasatan.
Tapi dalam kes ini tak nampak ada masalah di pihak majikan.



