Pertanyaan ini dikongsikan oleh seorang pembaca (Aa*****) yang bertanya:
“Assalammualaikum nak tanya, boleh dan wajarkah majikan tolak elaun tetap yang diberikan semasa bulan terakhir kita bekerja dengan syarikat tersebut?”
Soalan ini kadang berlaku, terutamanya dalam kalangan pekerja yang mahu menampatkan tempoh kerja.
Waalaikumsalam.
Secara asasnya, elaun tetap (fixed allowance) adalah sebahagian daripada gaji asas bulanan pekerja selagi pekerja masih dalam tempoh perkhidmatan.
Selagi anda bekerja penuh bulan itu (atau mengikut notis yang sah), majikan wajib bayar semua komponen gaji termasuk elaun tetap.
Majikan hanya boleh tolak gaji/elaun kalau ada sebab yang dibenarkan undang-undang atau termaktub dalam kontrak, contohnya:
➡️ Potongan KWSP, PERKESO, PCB (cukai pendapatan).
➡️ Potongan yang pekerja setuju secara bertulis (contoh: pinjaman syarikat, koperasi).
➡️ Penalti atau ganti rugi yang jelas diperuntukkan dalam kontrak (contohnya pekerja gagal beri notis yang cukup).
Kalau majikan tolak elaun tetap hanya kerana itu bulan terakhir bekerja, tanpa alasan sah dalam kontrak atau undang-undang, tindakan itu boleh dianggap tidak wajar dan menyalahi kontrak pekerjaan.



