Mencari kerja pada zaman sekarang menjadi lebih mudah dengan kehadiran job portal seperti JobStreet, Indeed dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga dengan platform media sosial seperti Facebook yang menyediakan ruang untuk majikan iklankan peluang pekerjaan yang terdapat di syarikat mereka dan ini boleh meningkatkan capaian tahap pengiklanan yang lebih tinggi lagi.
Namun begitu, satu platform yang khusus dan sangat membantu para pencari kerja adalah LinkedIn. Ia adalah sebuah platform yang profesional untuk membina networking dan menjadi pilihan utama bagi para pencari kerja dan juga perekrut di seluruh dunia. Statistik menunjukkan bahawa 75% perekrut di seluruh dunia menggunakan LinkedIn untuk mencari calon pekerja.
Langkah-Langkah Mencari Kerja Guna LinkedIn:
- Cipta Akaun LinkedIn
Jika anda masih belum mempunyai akaun LinkedIn, langkah pertama adalah mencipta akaun di platform ini. Pendaftaran akaun adalah percuma, dan prosesnya sangat mudah.
- Lengkapkan Profil Hingga Bertukar Status Menjadi All-Star
LinkedIn memberikan penilaian kepada profil anda berdasarkan jumlah maklumat yang diisi, bermula dengan Beginner, Intermediate, Advanced, Expert, All-Star. Untuk mencapai status All-Star, pastikan anda mengisi semua maklumat penting seperti latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran, dan pencapaian.
- Gunakan Bio yang Spesifik
Bahagian bio adalah tempat pertama di mana recruiter akan melihat siapakah anda sebagai seorang calon. Oleh itu, elakkan menulis bio yang terlalu umum seperti “Sales Manager”, sebaiknya perlu ditulis seperti “Manager of Sales in Mobile Application Development” bagi menunjukkan fokus bidang kerjaya anda.
- Perincikan Profil dengan Matlamat dan Pencapaian Kerjaya
Pastikan anda menyatakan matlamat kerjaya anda dan bagaimana pengalaman kerjaya terdahulu membantu anda mencapainya berserta career goal.
- Lengkapkan Profil Secara Spesifik dan Lengkap di Bahagian Kemahiran
Anda juga perlu masukkan pencapaian yang boleh diukur pada bahagian kemahiran. Sebagai contoh, jika anda pernah bekerja dalam bahagian jualan, nyatakan peningkatan peratusan jualan yang anda capai. Penerangan yang lebih spesifik seperti ini akan menunjukkan kepakaran dan kemampuan anda kepada pihak recruiter.
Akhr sekali, jangan lupa untuk bina connection dengan mereka yang telah sedia ada di platform ini. Anda juga boleh tinggalkan reaksi atau komen pada post orang lain supaya akaun anda terlihat aktif. Jaga akaun LinkedIn anda dan pastikan maklumat yang anda berikan adalah spesifik, power dan lengkap (All-star).
Maksimumkan peluang anda dengan menggunakan LinkedIn secara bijak!