Bilakah keputusan SPM 2023 akan diumumkan?
Keputusan SPM 2023 akan diumumkan pada hari Isnin, 27 Mei 2024.
Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan SPM 2023?
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing. Selain itu, keputusan SPM 2023 juga boleh disemak secara dalam talian.
Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan SPM 2023 secara online?
Anda boleh melakukan semakan keputusan SPM 2023 secara dalam talian melalui pautan https://www.moe.gov.my/myresultspm serta anda boleh mendapatkan slip keputusan, bermula jam 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 hingga jam 6:00 petang, 2 Jun 2024.
Kaedah Semakan Keputusan SPM 2023 (kemaskini)
1) Secara bersemuka:
Calon sekolah- Hadir ke sekolah
Calon persendirian- Hadir ke PPD/ JPN (tempat calon mendaftar)
2)Ada capaian Internet
Pautan: myresultspm.moe.gov.my
3) MySMS
Spm<jarak>NoKp<jarak>AngkaGiliran
HANTAR KE: 15888
4) Tiada capaian Internet:
Calon sekolah- Hadir ke mana-mana sekolah/PPD/JPN berdekatan
Calon persendirian- Hadir ke mana-mana PPD/JPN berdekatan untuk mengakses myresultspm.moe.gov.my
Adakah anda sudah semak keputusan SPM anda? Kalau sudah, kongsikan di ruang komen ^_^
Baca: Senarai Ranking Sekolah Terbaik SPM 2023 (Tahun 2024) Untuk SBP dan MRSM (pautan akan dikemas kini)
Adakah anda tahu sejarah SPM?
Sejarah Penubuhan Peperiksaan SPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap sebagai peperiksaan yang penting dan terbesar dalam hierarki peperiksaan di Malaysia. Ia diperkenalkan pada tahun 1968 dan menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia dalam menyusun semula sistem pendidikan negara.
Peperiksaan ini turut melalui beberapa perubahan format dan struktur mengikut kesesuaian sistem pendidikan semasa. Peperiksaan ini kebiasaan diambil oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi menentukan hala tuju mereka selepas menamatkan alam persekolahan. Ia turut diiktiraf secara meluas dan dijadikan sebagai kriteria utama untuk melayakkan pelajar meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Subjek SPM dan Aliran
Subjek SPM terbahagi kepada:
- Subjek teras
- Subjek elektif
Subjek teras terdiri daripada mata pelajaran berikut:
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
1103 | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu |
1119 | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris |
1223 | Pendidikan Islam | Bahasa Melayu |
1225 | Pendidikan Moral | Bahasa Melayu |
1249 | Sejarah | Bahasa Melayu |
1449 | Mathematics | Bahasa Melayu dan Inggeris |
1511 | Science | Bahasa Melayu dan Inggeris |
- Setiap pelajar wajib mengambil subjek di atas.
- Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen serta calon bukan beragama Islam.
- Subjek Pendidikan Moral hanya diambil oleh calon bukan beragama Islam.
Subjek elektif diambil mengikut aliran kelas yang diduduki seperti berikut:
- Bahasa Dan Kesusasteraan
- Sains Dan Matematik
- Sains Sosial Dan Keagamaan
- Kesenian Dan Kesihatan
- Kejuruteraan
Namun begitu, tidak semua subjek elektif boleh diambil oleh calon peperiksaan kerana terdapat pertindihan waktu peperiksaan bagi sesetengah subjek ketika peperiksaan berlangsung.
Berikut pula merupakan mata pelajaran wajib lulus sekurang-kurangnya dengan mendapatkan keputusan minimum kredit (Gred: C) bagi memenuhi syarat dan kriteria kemasukan ke mana-mana universiti di Malaysia:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
Keputusan yang diperolehi membolehkan anda untuk menyambung pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, serta dapat memilih laluan kerjaya yang diinginkan sekaligus memberikan peluang kepada masa depan yang lebih cerah. Oleh itu, perancangan serta persediaan pembelajaran awal sebelum peperiksaan SPM amatlah penting buat semua calon yang bakal menduduki peperiksaan!
Untuk tahu laluan kerjaya selepas SPM, silakan baca post ini -> Laluan Kerjaya Selepas SPM 2024 (Asasi/Matrikulasi/Diploma/STPM/TVET)
Untuk anda yang mencari senarai biasiswa lepasan SPM edisi 2024 (Edisi kemas kini), sila muat turun di sini -> Senarai Biasiswa Lepasan SPM Edisi 2024
Lihat -> Senarai Ranking Sekolah Terbaik SPM 2023 untuk SBP dan MRSM
Aktiviti Selepas Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023
Anda mempunyai pertanyaan tentang kerjaya selepas SPM? Mahu dapatkan tips untuk lepasan SPM? Cara cari biasiswa dan yang lain? Sertai dan tanyakan di – > Komuniti Kerjaya Career Cube