Waktu yang dinantikan bakal tiba, iaitu pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 (Di tahun 2025). Pelbagai persoalan pastinya bermain di fikiran para calon dan ibu bapa. Kami sedia membantu menjawab pertanyaan yang berkaitan sebagai panduan menjelang hari penting ini.
Bilakah keputusan SPM 2024 akan diumumkan?
Pengumuman keputusan SPM 2024 dijadualkan pada hari Khamis, 24 April 2025.
Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan SPM 2024?
Para calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2024 di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Selain itu, keputusan SPM 2024 juga boleh disemak secara atas talian.
Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan SPM 2024 secara atas talian?
Para calon boleh membuat semakan keputusan SPM 2024 secara atas talian melalui pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ bermula jam 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga jam 6.00 petang pada 30 April 2025.
Adakah terdapat kaedah lain untuk menyemak keputusan SPM 2024?
Para calon boleh melalukan semakan keputusan SPM 2024 melalui system pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan beroperasi bermula jam 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga jam 6.00 petang pada 30 April 2025.
Secara ringkasnya, terdapat 3 kaedah semakan keputusan peperiksaan SPM 2024, iaitu:
- Secara fizikal (bersemuka)
Calon sekolah: Hadir ke sekolah masing-masing.
Calon persendirian: Hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di mana tempat calon mendaftar. - Secara dalam talian
Layari pautan: https://myresultspm.moe.gov.my/ - Melalui SMS
Taip: SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
Hantar ke: 15888
Sudahkan anda semak keputusan SPM anda? Jika sudah, mari kongsikan di ruangan komen!
Baca: Senarai Ranking Sekolah Terbaik SPM 2024 (Tahun 2025) Untuk SBP dan MRSM
Adakah anda tahu sejarah SPM?
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan penting dan terbesar di Malaysia. Diperkenalkan pada tahun 1968, peperiksaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menstrukturkan semula sistem pendidikan negara.
Sepanjang pelaksanaannya, SPM telah mengalami perubahan dari segi format dan struktur untuk diselaraskan dengan sistem pendidikan semasa yang berkembang. Peperiksaan ini diduduki oleh semua pelajar tingkatan 5 sebagai penentu arah tuju mereka selepas tamat persekolahan. Ia juga diiktiraf secara meluas dan menjadi antara syarat utama untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.
Berapakah bilangan subjek SPM dan alirannya?
- Subjek teras
- Subjek elektif
Subjek teras terdiri daripada 7 mata pelajaran berikut:
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
1103 | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu |
1119 | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris |
1223 | Pendidikan Islam | Bahasa Melayu |
1225 | Pendidikan Moral | Bahasa Melayu |
1249 | Sejarah | Bahasa Melayu |
1449 | Mathematics | Bahasa Melayu dan Inggeris |
1511 | Science | Bahasa Melayu dan Inggeris |
Untuk makluman anda:
- Setiap pelajar diwajibkan untuk mengambil 7 subjek di atas.
- Subjek Pendidikan Islam tidak diwajibkan bagi pelajar dari Aliran Sains Agama, Aliran Agama Tulen, serta calon yang bukan beragama Islam.
- Subjek Pendidikan Moral hanya perlu diambil oleh calon bukan beragama Islam.
Subjek elektif pula dipilih mengikut aliran kelas yang diikuti, seperti:
- Bahasa dan Kesusasteraan
- Sains dan Matematik
- Sains Sosial dan Keagamaan
- Kesenian dan Kesihatan
- Kejuruteraan
Adakah semua subjek elektif boleh diambil oleh seorang calon?
Seorang calon tidak boleh mengambil semua subjek elektif. Ini disebabkan oleh pertindihan jadual peperiksaan untuk sesetengah subjek pada masa yang sama.
Adakah terdapat mata pelajaran yang diwajibkan untuk lulus?
Terdapat 2 mata pelajaran wajib lulus iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Calon perlu mendapatkan sekurang-kurangkan minimum kredit iaitu gred C. Ini untuk memenuhi syarat dan kriteria kemasukan ke mana-mana universiti dalam negara.
Kesimpulannya, keputusan yang diperoleh akan membolehkan anda melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Anda juga boleh memilih kerjaya yang diingini dan membuka peluang untuk masa depan anda yang lebih cerah. Oleh itu, bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM akan datang, lakukan perancangan dan persediaan pembelajaran yang rapi sebelum peperiksaan. Semoga berjaya!
Untuk tahu laluan kerjaya selepas SPM, sila baca post ini -> Laluan Kerjaya Selepas SPM 2024 (Asasi/Matrikulasi/Diploma/STPM/TVET)
Untuk anda yang mencari senarai biasiswa lepasan SPM edisi 2024 (Edisi kemas kini), sila muat turun di sini -> Senarai Biasiswa Lepasan SPM Edisi 2024
Lihat -> Tak Nak Sambung Belajar – Apa Pilihan Kerjaya Lepas SPM?
Universiti vs Kolej vs Diploma – Mana Patut Pilih Lepas SPM?
Anda mempunyai pertanyaan tentang kerjaya selepas SPM? Mahu dapatkan tips untuk lepasan SPM? Cara cari biasiswa dan yang lain? Sertai dan tanyakan di – > Komuniti Kerjaya Career Cube