Temu duga kerja sentiasa menjadi saat yang paling mendebarkan bagi ramai individu. Menghadiri temu duga dengan keyakinan adalah kunci utama untuk memberikan tanggapan pertama yang baik kepada bakal majikan. Untuk membantu meningkatkan keyakinan diri semasa temu duga, berikut adalah beberapa langkah penting yang boleh dilakukan seperti:
- Buat Kajian Tentang Syarikat
Sebelum menghadiri temu duga, pastikan anda memahami latar belakang syarikat daripada aspek misi dan visi syraikat. Maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjawab soalan yang relevan dengan budaya kerja syarikat. Anda juga perlu fahami jawatan yang dipohon dan peranan jawatan tersebut. Tindakan ini menunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh untuk mendapatkan peluang tersebut, sekaligus meningkatkan keyakinan anda semasa sesi temu duga.
- Gunakan Bahasa Badan yang Baik
Bahasa badan yang positif memainkan peranan penting dalam mencerminkan keyakinan diri. Calon perlu pastikan postur badan berada dalam kedudukan tegak sewaktu sesi temu duga kerana posisi ini memberi tanggapan bahawa anda seorang yang profesional dan bersedia. Anda juga perlu lakukan ‘eye contact’ untu menunjukkan bahawa anda fokus terhadap panel penemuduga. Elakkan diri daripada menggoyang kaki atau bermain dengan tangan secara kerap kerana ini boleh dilihat sebagai tanda anda sedang gelisah!
- Berlatih Jawab Soalan Temu Duga
Latihan yang konsisten adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri di samping membantu anda menjawab dengan lebih lancar. Anda juga boleh sediakan skrip jawapan bagis aolan-soalan yang sering ditanyakan sewaktu sesi temu duga.
“Tell me why should we hire you”
“Why do you want to work with us”
“Can you tell me how you handle tough situation(s) at the workplace”
Di atas, adalah antara contoh soalan yang kerap di tanya semasa temu duga selain “Tell me about yourself”. Akan tetapi, calon disarankan untuk tidak terlalu bergantung pada skrip sahaja. Buat latihan secara kerap supaya jawapan anda kedengaran lebih semula jadi. Gunakan kaedah storytelling supaya mesejnya sampai dengan lebih berkesan.
- Pakai Pakaian yang Sesuai dan Kemas
Penampilan memainkan peranan penting dalam memberi first impression yang baik. Setiap calon yang hadir ke temu duga perlu memilih pakaian yang profesional dan kemas. Anda juga perlu memastikan pakaian tersebut bersih dan digosok dengan baik. Penampilan yang kemas dan rapi menunjukkan bahawa anda seorang yang pembersih dan teliti. Tanggapan pertama tentang diri anda adalah sangat penting untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.
Semoga berjaya dalam temu duga anda!