Bangun daripada tidur tetapi masih merasa letih, tidak bersemangat ke tempat kerja, tekanan melampau sehingga menyebabkan anda tidak dapat menjalankan tugasan dengan baik.
Burnout di tempat kerja telah menjadi isu yang semakin mendapat perhatian dalam masyarakat pekerja moden. Dari masa ke semasa, ramai individu merasa keletihan melampau terhadap pekerjaan mereka. Ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada prestasi kerja mereka, malah juga kepada kebahagiaan dan kesihatan mental. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada burnout ini adalah seperti di bawah:
Beban Kerja Berlebihan
Memiliki beban kerja yang terlalu banyak, had masa yang singkat dan tuntutan kerja yang tidak realistik boleh menyebabkan tekanan serta keletihan yang berterusan. Kesan yang lebih buruk boleh berlaku apabila seseorang itu tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Kekurangan Kawalan Terhadap Pekerjaan
Apabila pekerja tidak diberikan kawalan yang mencukupi terhadap cara mereka melakukan kerja, ia boleh menghasilkan perasaan kurang keyakinan dan kehilangan kebolehan untuk menguruskan tugasan yang diberikan.
Kerja Di Luar Kepakaran, Bidang Tugas Atau Minat
Melakukan sesuatu di luar kepakaran atau tapa minat yang mendalam boleh menimbulkan tekanan dan menyebabkan seseorang individu itu tidak dapat mencapai kepuasan dalam bekerja.
Kurangnya Sokongan Sosial
Rasa terasing dan kurangnya sokongan emosi atau praktikal daripada orang atasan dan rakan sekerja dalam mengatasi cabaran pekerjaan boleh menyebabkan tekanan yang berterusan.
Kurangnya Pengiktirafan Dan Penghargaan
Apabila usaha keria tidak dihargai atau diiktiraf, pekerja mungkin merasa tidak bermakna atau tidak puas dengan pekerjaan mereka. Kurangnya penghargaan dan maklum balas positif boleh mengurangkan motivasi untuk melaksanakan kerja dengan baik.
Burnout di tempat kerja boleh memberi kesan serius kepada kesihatan dan kesejahteraan pekerja serta prestasi organisasi secara keseluruhan. Oleh itu, penting untuk mengenal pasti dan menguruskan faktor-faktor ini dengan berkesan untuk memastikan kelestarian dan produktiviti di tempat kerja. Cara untuk mengatasi isu ini mungkin akan berbeza mengikut individu dan perancangan cuti serta menghabiskan masa berehat yang berkualiti adalah sangat penting bagi mengelakkan ia menjadi lebih serius.
Sekiranya tanda-tanda awal dikenalpasti, anda boleh mengambil langkah bagi mengatasinya bagi mengelakkan ia menjadi lebih serius. Tambahan pula jika terdapat tanda-tanda tekanan yang melampau telah dikenalpasti, sebaiknya bantuan secara profesional perlu dicari. Anda boleh merujuk kepada pihak sumber manusia atau kaunselor yang disediakan di tempat kerja anda. Pengambilan ubat-ubatan dengan tidak merujuk kepada yang pakar dikhuatiri bakal memberikan impak yang negatif bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada keluarga.
Amazing Content! If you need some details about about Airport Transfer than have a look here UY6
You rocked this subject and have astounding insights. I also work hard in putting together great content about Advertise, feel free to visit UY7