Gaji dan Diskriminasi Kerja
Itulah antara topik utama perbualan Tuan @nikakmal00 bersama Cik Puan @hawarizwana dan Tuan @allyiskandarrasmi pada pagi tadi di Radio Buletin FM @buletinfm .
Secara umumnya ramai tahu tentang pembezaan gaji (‘compensation’ dan ‘benefit’) sewajarnya dibuat atas dasar ‘value’ yang dibawa pada syarikat.
Akan tetapi, isu bias seperti jantina, kaum, rupa, ‘visibility’, favoritis tetap akan ada.
Menurut kajian selama 3 tahun oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammad Khalid dari UKM diterbitkan pada 2013, tidak dinafikan memang ada diskriminai kaum dalam pegambilan kerja.
Diskriminasi dalam pemilihan calon pekerja cina- 22.1% berbanding calon melayu 4.2% (keseluruhan %) termasuk ambil kira faktor tuntuan bahasa dan tugas.
Solusi yang terbaik adalah dengan berbincang bersama ‘supervisor’ atau majikan.
Selain itu, pekerja harus menjadi ‘visible’ di tempat kerja iaitu setiap kerja yang dilaksanakan harus diketahui oleh pihak atasan atau cara profesionalnya kita sebut sebagai reporting.
Beri ‘value’. Itu penting, Jika benar anda sudah melalukan tugasan pada tahap cemerlang, tiada masalah untuk anda membangkitkan perkara kenaikan gaji kepada majikan.
Sebagai tambahan, kerja kena ikhlas. Bukan asal cukup. Ini termasuk dengan membuat inisiatif sendiri untuk mengkaji pasaran untuk tahu tahap purata gaji.
Dengar di sini: https://www.instagram.com/reel/Cc7WmTlP-uE/