Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Doktor (Doctor)

Doktor? Apa yang anda tahu tentang profesion sebagai seorang Doktor?

Apakah kelayakan menjadi seorang Doktor?

Apakah laluan kerja untuk Doktor? Bagaimana pula dengan kemahiran?

Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang Doktor?

Ada atau tidak di antara tuan-tuan/cikpuan dahulu bercita-cita mahu menjadi seorang Doktor? Siapa je yang tidak mahu menjadi seorang Doktor? Ada kebaikan dan keburukan dalam setiap kerjaya. Mungkin di antara anda yang mahu menjadi Doktor dahulu atas sebab mahu merawat dan menjaga ibu bapa anda sendiri ? Betul kan?

Kepada anda yang berjaya mencapai cita-cita as a Doctor, Tahniah saya ucapkan! đŸ‘đŸ»

Tetapi, kepada yang masih mencuba untuk menjadi seorang Doktor, teruskan berusaha jangan mudah putus asa!

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Doktor (Doctor)

Jadi, apakah peranan sebagai seorang Doktor? Doktor ialah orang yang bertugas menyembuh atau merawat orang-orang yang sakit. Tidak semua orang yang mampu menyembuhkan penyakit boleh dapat gelaran sebagai seorang  doktor.

Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang perrsijilan atau pentauliah khusus seperti di Malaysia, harus mendapat tauliah daripada Majlis Perubatan Malaysia di samping sijil kedoktoran daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.

Anda kena tahu bahawa doktor di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Doktor am/umum : memeriksa segala penyakit yang tidak terlalu serius . Maksudnya adalah penyakit lazim atau harian.
  2.  Doktor Pakar : sekiranya ada penyakit yang serius akan dirawat oleh doktor pakar dahulu sebelum membuat apa-apa jenis prosedur selanjutnya.
  3. Doktor bedah :  sebuah bidang rawatan perubatan yang luas yang melibatkan pemotongan tubuh badan, sama ada tubuh manusia ataupun binatang, bagi tujuan khusus seperti untuk membuang tisu yang tidak sihat, ataupun untuk memperbaiki tisu yang rosak atau koyak.
  4. Doktor Gigi : berkaitan dengan segala jenis gigi untuk dirawat.

Kemahiran yang perlu ada pada seorang Doktor adalah salah satunya, membuat keputusan atau memberi jawapan yang tepat kepada pesakit tentang penyakit mereka.

Kedua, sentiasa mendengar dengan teliti dan faham apa yang pesakit anda katakan. Maksudnya adalah, anda sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya ketika pesakit anda bercakap dan anda boleh terus mengerti apa yang mereka cuba sampaikan.

Ketiga, dah nama pun anda bekerja sebagai doktor, jadi apabila anda nampak ada benda yang tidak kena dekat mana-mana pesakit atau orang sekeliling anda, anda haruslah bertindak segera! Anda harus peka dengan keadaan sekeliling anda.

Seterusnya, personaliti pada seorang Doktor pula ialah pertama, pemikiran analitikal. Maksudnya, anda haruslah berfikir luar dari kotak (think out of the box).

Tidak semua keputusan yang anda akan lakukan akan berdasarkan buku rujukan kerana tidak mungkin anda sempat untuk melihat semua buku rujukan untuk penyakit pesakit anda. Jadi, anda haruslah berfikir secara logik dan dapat menyelesaikan masalah pesakit dengan begitu pantas.

Kedua, Mengambil berat tentang orang lain. Itu adalah tugas anda sebagai seorang Doktor untuk sentiasa mengambil kira/berat tentang pesakit anda atau mungkin orang di sekeliling anda.

Anda juga mesti dahulukan pesakit anda sebelum orang lain tetapi kalau melibatkan keluarga sendiri, utamakan keluarga.

Bukan bermakna pesakit tidak penting ya. Pesakit itu pun penting juga kerana anda bermain dengan nyawa seseorang jadi anda tidak boleh memilih kasih apabila melibatkan nyawa seseorang.

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang Doktor ialah anda boleh menjadi pakar bedah , doktor pakar psikiatri dan lain-lain.

Terima Kasih, Semoga bermanfaat buat anda semua dan Selamat Maju Jaya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *