Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) adalah cawangan kejuruteraan yang menggunakan prinsip-prinsip kimia, fizik, matematik, biologi, dan ekonomi untuk menggunakan, menghasilkan, merekabentuk, mengangkut dan mengubah tenaga dan bahan dengan cekap.
Jadi, apakah ciri-ciri personaliti yang perlu ada seorang Jurutera Kimia?Apakah pengetahuan dan kemahiran yang Chemical Engineering perlu tahu? Ke manakah laluan kerjaya untuk seorang Jurutera Kimia?
Peranan menjadi kejuruteraan kimia adalah mereka bentuk peralatan loji kimia dan pemproses peranti untuk bahan kimia dan produk, seperti petrol, getah sintetik, plastik, bahan pencuci, simen, kertas, dan pulpa pembuatan dengan menggunakan prinsip dan teknologi kimia, fizik dan kejuruteraan.
Dari segi pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada pada seorang Chemical Engineering ialah pengetahuan dari segi kimia, matematik dan fizik. Manakala untuk kemahiran pula, matematik, lisan, idea dan logik.
Antara ciri-ciri personaliti seorang Jurutera Kimia ialah:
- Meminati dalam bidang kejuruteraan kimia.
- Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan dan sentiasa memahami masalah yang timbul dan selesaikannya dengan cara yang mudah.
- Seorang yang tekun, dinamik dan bekerja keras.
- Sentiasa mempunyai keinginan untuk terus berjaya dan dapat bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah.
Akhir sekali, laluan kerjaya sebagai seorang Jurutera Kimia adalah Jurutera Proses ,ahli kimia penyelidikan dan ahli kimia alam sekitar.