Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Jurutera Awam(Civil Engineer)

Jurutera Awam adalah satu bidang yang sangat penting dalam membuat suatu projek pembinaan pada fasa awalan.

Tugas jurutera awam ialah merekabentuk, menyelia, mengendali, membina dan menyelenggara projek dan sistem infrastruktur di sektor awam dan swasta, termasuk jalan, bangunan, lapangan terbang, terowong, empangan, jambatan, dan sistem untuk bekalan air dan rawatan kumbahan.

Apakah personaliti/ciri-ciri yang perlu ada untuk kerjaya sebagai jurutera awam? Apakah kemahiran dan pengetahuan yang jutera awam perlu tahu? Ke manakah laluan kerjaya seorang Civil Engineer?

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Jurutera awam (Civil Engineer)

Personaliti/ciri-ciri yang perlu ada seorang jurutera awam ialah pertama, pemikiran analitik. Komponen pemikiran visual kritis yang memberikan satu keupayaan untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan. Ia melibatkan pendekatan langkah demi langkah yang bersesuaian dengan pemikiran yang membolehkan anda memecahkan masalah kompleks ke dalam komponen tunggal dan terkawal.

Kedua, memberi perhatian terperinci bermaksud, anda seharusnya memberi sepenuh perhatian kepada kerja anda kerana ia melibatkan sistem infrastruktur di sektor awam dan swasta yang akan merekabentuk, mengendali tempat-tempat seperti bangunan, empangan, jambatan, dan sistem untuk bekalan air dan rawatan kumbahan.

Selain itu, kemahiran dan pengetahuan yang perlu ada pada seorang jurutera awam ialah kena mahir dalam matematik, fizik, reka bentuk komputer dengan bantuan komputer(CAD) dan lain-lain lagi.

Manakala untuk laluan kerjaya sebagai seorang jurutera awam adalah jurutera awam yang berkontrak, jurutera perunding awam, dan pengurus projek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *