Adakah anda pernah dengar tentang bidang obstetrik? Jika pernah dengar, adakah anda tahu apa itu bidang obstetrik? Bidang perubatan meliputi pelbagai cabang dan salah satunya adalah bidang obstetrik. Biasanya obstetrik pasti digabungkan dan dikaitkan dengan bidang ginekologi. Namun begitu, fokus kita pada hari ini adalah tentang bidang obstetrik.
Obstetrik adalah bidang pengajian yang tertumpu pada kehamilan, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Sebagai pakar perubatan, obstetrik digabungkan dengan ginekologi di bawah disiplin yang dikenali sebagai obstetrik dan ginekologi (OB/GYN) bagi kepakaran pembedahan. Hari ini kita akan menyelami dan mengenal apa itu bidang obstetrik dan laluan kerjaya untuk masuk ke bidang ini. Ayuh!
Setelah tamat belajar anda menjadi intern atau houseman officer di Malaysia. Ini tempoh percubaan di mana anda akan melakukan praktikal di 6 disiplin utama iaitu perubatan, pembedahan, ortho, kanak-kanak, wanita, dan kecemasan.
Selepas itu di Malaysia (2 tahun) barulah anda menjadi pegawai perubatan penuh (MO) dan boleh memilih kepakaran apa yang anda minat. Ada dua cara untuk menjadi pakar di sini. Pertama, mohon program Master klinikal di universiti tempatan, kedua, duduki peperiksaan oleh kolej Diraja UK seperti MRCP/MRCOG yang diiktiraf kerajaan secara persendirian. Tempoh menjadi pakar ialah dalam 6-7 tahun selepas graduasi. Di Malaysia, seperti di kebanyakan kawasan di dunia, latihan dan pensijilan kedua-dua bidang ini dilakukan secara serentak. Seorang doktor pakar yang telah berjaya haruslah menamatkan latihan pakar obstetrik dan pakar sakit puan sebelum bergelar doktor obstetrik.
Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi seorang doktor pakar obstetrik dan ginekologi adalah:
- Rasa simpati dan empati
Seorang doktor perlu ada rasa simpati, bimbang dan empati terhadap kesakitan orang lain dan cuba menyelami perasaan berada di tempat orang yang sedang sakit. Kena ada juga rasa kasihan bila tengok orang sakit. Bukan apa, cuba kita faham perasaan ada di tempat pesakit tu tak pun Jika seseorang doktor itu mempunyai rasa simpati terhadap pesakit, maka beliau mesti akan cuba sedaya upaya dan menggunakan segala kemahiran dan kepakaran yang ada untuk merawat pesakit.
- Kesabaran
Bukan senang untuk menjadi seorang yang penyabar terutama ketika berhadapan dengan ramai orang. Disinilah kita dapat tengok sama ada seseorang itu sesuai atau tak untuk jadi seorang doktor obstetrik dan ginekologi.
- Teliti
Nak jadi seorang doktor ni mestilah kena teliti kalau tak macam mana nak check pesakit kalau tak teliti. Yelah, sebelum nak sahkan sakit pun nak kena check dulu keadaan pesakit kan. Alamatnya, ramai lah yang sakit sebab tak teliti dengan penyakit yang dialami pesakit. Kalau patient mengadu sakit ke, nak atau tak nak, kecik atau besar, sakit sedikit atau sakit kritikal, semua faktor doktor kena ambik kira. Itulah namanya alert dengan keadaan patient tu.
- Berfikir secara kritikal
Berfikir secara kritikal bermaksud seorang doktor tu perlulah berfikir di luar kotak (think out of the box). Boleh jadi sakit yang dialami oleh patient tu sakit yang ada di luar bidang kepakaran jadi kena ambik kira banyak perkara sebelum nak diagnose patient tu.
- Kemahiran berkomunikasi
Bila berhadapan dengan ramai orang ni confirm kena cakap. Nak jadi doktor mestilah kena cakap dengan patient tu kan kalau tak macam mana nak bagitau condition patient tu tak kiralah kamu ni sejenis introvert ke extrovert ke. Kalau senyap je tak bagitau apa-apa boleh pengsan sekejap patient tu kalau dapat tahu dia tiba-tiba sakit dan kena terima rawatan tak pun sejenis gugup bila berhadapan dengan orang. Kena faham penting ye untuk belajar cara cakap. Nak taknak kena gilap kemahiran berkomunikasi jugak.
Universiti di Malaysia yang menawarkan kursus ini adalah:
- University of Malaya (UM) Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (5 tahun)
- University of Science Malaysia (USM) Bachelor of Medical Doctor (MD) (5 tahun)
- National University of Malaysia (UKM) Bachelor of Doctor of Medicine (MD) (5 tahun)
- University of Putra Malaysia (UPM) Bachelor of Doctor of Medicine (MD) (5 tahun)
- University of Technology MARA (UiTM) Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (5 tahun)
- International Islamic University Malaysia (IIUM) Bachelor of Medicine & Surgery (5 tahun)
- University of Malaysia Sabah (UMS) Bachelor of Medicine (5 tahun)
- University of Malaysia Sarawak (UNIMAS) Bachelor of Doctor of Medicine (MD) (5 tahun)
- Islamic Science University of Malaysia (USIM) Bachelor of Medicine & Surgery (MBBS) (5 tahun)
- University of Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Bachelor of Medicine & Surgery 5 years
- National Defence University of Malaysia (UPNM) Bachelor of Doctor of Medicine (MD) (5 tahun)
Terima kasih dan semoga anda dapat mencapai cita-cita anda untuk menjadi seorang doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi yang berjaya di masa hadapan! Selamat maju jaya!