Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Tukang Masak(Chef)

Siapa di antara cikpuan/tuan yang ingin menjadi tukang masak yang terkenal? Ada atau tidak di antara cikpuan/tuan yang pernah atau baru mengambil bidang kulinari di instituti pengajian tinggi?

“Apakah peranan sebagai seorang tukang masak?”

“Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang Chef?”

“Apakah personaliti seorang Chef?”

“Apakah laluan kerjaya untuk tukang masak?”

Gelaran “Chef “diberi untuk ketua tukang masak yang memasak secara profesional di dalam dapur yang direka bentuk secara profesional.

Menjadi seorang tukang masak haruslah mempunyai ciri-ciri yang bertanggungjawab  di dalam dapur termasuklah bidang pengurusan dapur.

Menjadi seorang tukang masak juga membantu untuk meningkatkan kemahiran memasak dan mungkin anda berpeluang untuk memiliki perniagaan sendiri.

Buat pengetahuan anda, kerjaya dalam bidang kulinari kini tidak lagi dipandang remeh, sebaliknya diiktiraf sebagai kerjaya profesional kerana memerlukan kreativiti dan komitmen tinggi, malah pekerjaan sebagai seorang chef sebenarnya membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort.

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Tukang Masak(Chef)

Peranan sebagai seorang tukang masak(Chef) adalah mengarah dan mengambil bahagian dalam menyediakan semua jenis bahan untuk di masak. Contohnya, anda mahu masak masakan sup tomyam. Jadi, anda perlulah menyediakan terlebih dahulu bahan-bahan masakan sebelum memasak.

Seorang Chef juga boleh merancang berapa harga bekalan untuk di tempah, menetapkan harga untuk setiap item menu mengikut bajet yang sudah ditetapkan and simpan semua data ke dalam buku akaun untuk di semak atau di kemas kini semula.

Ilmu pengetahuan sangatlah penting walaupun anda mahu menjadi seorang tukang masak sahaja kerana menjadi seorang tukang masak juga perlukan ilmu pengetahuan dari segi masakan apa yang anda perlu pelajari dan bagaimana cara untuk memasak. Tidak lupa juga tentang asas-asas pembuatan makanan, katering pentadbiran, perhotelan dan juga pelancongan.

Kemahiran yang perlu ada pada seorang tukang masak adalah:

  1. Pendengaran yang jelas dan faham apa yang klien katakan: Anda perlu dengar dengan teliti apa yang pelanggan minta dan faham apa yang pelanggan cuba sampaikan. Contohnya, klien anda minta hidangan  jenis A, anda harus turuti apa yang klien anda minta, jangan pula anda tokok tambah yang lain.
  2. Lisan: Seorang tukang masak haruslah menggunakan pertuturan kata yang baik kerana anda yang akan berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan yang anda tidak akan tahu bagaimana personaliti setiap pelanggan anda.
  3. Idea dan logik: Anda seorang Chef jadi sudah semestinya anda memiliki idea yang bernas dalam membuat sesuatu hidangan mengikut logik anda sendiri. Tidak perlu merujuk pada buku atau catatan yang sudah tersedia ada.

Setiap orang mempunyai personaliti tersendiri, begitu juga dengan seorang tukang masak(Chef). Jadi, apakah personaliti yang perlu ada pada seorang tukang masak?

  1. Integriti: Teliti dalam melaksanakan tugas melalui kebimbangan untuk semua kawasan yang terlibat, tidak kira betapa kecil sekalipun. Maksudnya, apabila anda menjadi sorang tukang masak, anda seharusnya memastikan tempat yang anda bekerja itu sentiasa berada dalam keadaan bersih, cantik dan tidak ada satu kotoran walaupun kotoran kecil kerana anda yang akan membuat hidangan di tempat itu jadi, anda mesti tidak mahu berlaku sesuatu  yang tidak diingini di masa hadapan.
  2. Inisiatif
  3. Kewibawaan

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang Chef adalah menjadi Ketua tukang masak, Pengurus katering kontrak  dan Tukang Masak untuk institusi. Mungkin juga, anda mahu jadi tukang masakan yang terkenal jadi anda haruslah belajar bersungguh-sungguh. Gunakan semua ilmu pengetahuan yang anda belajar itu untuk kegunaan di masa hadapan anda!

Semoga berjaya di masa hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *