Bagaimana mahu menjadi lawyer/peguam? Apa laluan kerjaya seorang peguam/lawyer? Apakah kerjaya seorang peguam/lawyer? Apa sahaja jenis jenis peguam dan tugasnya? Ini adalah beberapa soalan yang ramai ditanya kepada Career Cube dan Career Cube akan kongsikan laluan kerjaya, khidmat, dan tugas seorang peguam/pengacara di sini.
Ramai tahu dan sedar kepentingan peguam jika berlaku sebarang kes jenayah atau kes-kes dalam negara. Jika sebut tentang peguam negara, nama-nama terkenal seperti Tommy Thomas, Abdul Gani Patail, Idrus Harun pasti ramai yang mengenali nama-nama ini. Oleh itu, ramai berminat untuk menjadi peguam. Tetapi, haaa ada tapi juga. Minat tidak mencukupi untuk melayakkan diri anda menjadi peguam. Eh kejap, adakah anda tahu siapa peguam dan bidang kuasa sebagai peguam?
Peguam atau pengacara ialah orang yang mengamalkan undang-undang, sebagai peguam bela, peguam undang-undang, bar undang-undang, kanonis, peguam kanon, notari undang-undang sivil, peguam, kaunselor, peguam cara, eksekutif undang-undang, atau penjawat awam yang mempersiapkan, menafsirkan dan menerapkan undang-undang, tetapi bukan sebagai setiausaha eksekutif paralegal atau piagam. Bekerja sebagai peguam melibatkan penerapan praktikal teori dan pengetahuan undang-undang abstrak untuk menyelesaikan masalah individu tertentu, atau untuk memajukan kepentingan mereka yang mengupah peguam untuk melakukan perkhidmatan undang-undang. Peranan peguam sangat berbeza mengikut bidang kuasa undang-undang yang berbeza. Rumit bukan? Namun, jika anda masih berminat untuk menjadi peguam, teruskan semangat anda!
Jadi, bagaimana cara dan laluan kerjaya untuk menjadi seorang peguam? Jika tidak tahu, ayuh kita selami laluan kerjaya sebagai seorang peguam. Terdapat beberapa syarat yang perlu dilepasi bagi membolehkan pelajar-pelajar mengambil bidang tersebut iaitu sekurang-kurangnya lima kredit lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. Hal ini adalah kerana, lima kredit lulus ini merupakan syarat utama yang ditetapkan oleh Badan Peguam Malaysia sebelum melayakkan anda mengambil kursus undang-undang.
Anda boleh mengambil STPM untuk menjadi seorang peguam. Oleh itu, sekiranya anda mengambil keputusan untuk mengambil STPM selepas SPM, keputusan minimum yang perlu diperoleh adalah CGPA 2.80 dan MUET Band 4 selain lulus temu duga oleh universiti. Namun begitu, hal ini bergantung juga dengan syarat minimum universiti dan keputusan temu duga. Pilihan-pilihan lain meliputi A-Level, Matrikulasi (kecuali matrikulasi kejuruteraan), asasi dan juga diploma. Pastikan kursus yang anda ambil itu diiktiraf oleh MQA sebelum anda mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang.
Anda perlu mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang (L.L.B) daripada universiti yang diiktiraf untuk menjadi seorang peguam di Malaysia. Jika ia bukan dari sebuah universiti tempatan, maka anda akan perlu menduduki peperiksaan dipanggil CLP (Sijil Amalan Guaman). Anda juga perlu lakukan “Chambering” selama 9 bulan di bawah sebuah firma undang-undang atau peguam yang berpengalaman luas sebelum anda boleh bekerja sendiri. Selepas chambering, anda akan dipanggil ke Badan Peguam dan berdaftar dengan Majlis Peguam. Hanya orang yang berdaftar dengan Majlis Peguam sahaja dianggap sah tak kisah sama ada mereka adalah sebuah firma guaman mahupun peguam.
Terdapat juga yuran tahunan yang perlu dibayar oleh seorang peguam pada setiap tahun untuk memperbaharui lesen amalan mereka. Jumlah yang perlu dibayar ialah RM 920 kepada Majlis Peguam, RM 125 kepada Jawatankuasa Badan Peguam dan juga anda perlu membayar akauntan untuk Laporan Akauntan dan membayar premium untuk ganti rugi profesional.
Apa perkara lain yang anda mahu tahu tentang peguam? Career Cube akan kongsikan pada bahagian 2 nanti.
Hai there. So, I’m stpm students. Saya nak mohon lawyer waktu lepasan spm, tetapi tak lulus hanya disebabkan gred BI SPM saya dapat B saja. So, they prefer me untuk sambung STPM lah. Adakah permohonan saya nnti untuk lepasan stpm terganggu walaupun MUET saya dapat Band 4 ke atas ? atau tidak menggangu?
Kerjasama pihak Tuan/Puan untuk memberi penjelasan berkaitan persoalan saya amat saya hargai.
Info kt atas ckp sekurang kurangnya lima kredit lulus and why tk lulus eh
Tu syarat minima sis…kebanyakan yang masuk law dapat 6A keatas…dan BI sangat penting
Sis kena repeat subjek BI…..sebab banyak Uni letak syarat A- keatas…setahu saya hanya ukm yang boleh B dalam BI….tapi law sangat tinggi persaingan…jadi better dapatkan A- keatas
Sis kena repeat subjek BI…..sebab banyak Uni letak syarat A- keatas…setahu saya hanya ukm yang boleh B dalam BI….tapi law sangat tinggi persaingan…jadi better dapatkan A- keatas
Hye… Nk tnya i students spm… Antara 5subjek y kena llus tu antaranya subjek apa erkk.. Y teras sngat”