Ramai diantara rakan Career Cube yang bertanya tentang laluan kerjaya seorang akauntan. Apakah info kerjaya yang perlu diketahui untuk menjadi akuntan bertaulian (Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)), dan apa sahaja institusi dan universiti yang menyediakan kursus ACCA?
Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan satu badan yang diiktiraf global dan mempunyai lebih 200,000 ahli di 180 negara. Untuk menjadi Akauntan bertauliah, pelajar perlu menduduki 13 ujian professional serta lulus sebelum mendapat pengiktirafan daripada ACCA.
Di Malaysia, ACCA turut diiktiraf dengan mempunyai lebih 100 majikan yang bekerjasama dalam menyokong melahirkan Akauntan bertauliah. Anggaran kos pengajian dan ujian adalah RM50,000 sehingga RM60,000.
Antara Institusi dan Universiti yang menyediakan kursus ACCA diiktiraf adalah International Education College (INTEC) , Sunway College, Taylor’s University, Tunku Abdul Rahman University College, KDU University College, UiTM Shah Alam dan banyak lagi.
Boleh lihat gambar di bawah ini untuk info dan laluan kerjaya seorang akuntan.
