Kebaikkan Bekerja Selepas SPM

Ada yang bertanya,
  1. “Perlu ke kami bekerja ketika cuti sekolah ni? Kami baru selesai SPM,”
  2. “Boleh atau tidak kalau kami tidak mahu bekerja?”
  3. “Apa yang kami akan dapat sekiranya kerja ketika cuti sekolah ni?”
  4. “Ada ke yang mahu ambil kami yang baru sahaja selesai SPM untuk bekerja?”

 

Jawapannya PERLU DAN PASTI ADA!

Berikut merupakan kelebihan bekerja ketika musim cuti sekolah ataupun yang baru sahaja selesai SPM:

 

1. Menimba pengalaman yang tidak terhingga nilainya.

Ini mematangkan diri anda untuk menghadapi keadaan yang lebih sukar di kemudian hari .
Apabila anda bekerja, banyak benda yang bakal anda terokai.
Contohnya, kawan-kawan baru, suasana kerja yang meriah, tempat-tempat yang menarik ataupun belajar sesuatu benda yang anda tidak pernah buat sebelum ni seperti, menguruskan kewangan, bagaimana nak mengendalikan client ataupun customer dan lain-lain lagi.

 

2. Boleh diletakkan di dalam resume sebagai working experience.

Sebahagian besar syarikat mencari mereka yang berpengalaman walaupun sedikit kerana majikan akan menganggap pelajar  yang mempunyai pengalaman bekerja menunjukkan bahawa dirinya itu lebih bersifat kematangan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan kerja berbanding dengan pelajar yang tidak mahu mengambil peluang untuk merasai “working experience”  itu apa.
Seperti soalan yang tertera di atas sama ada “Boleh atau tidak kalau kami tidak mahu bekerja?” Jawapannya pasti ada semua sudah tahu kan!
3. Memenuhi masa cuti dengan perkara bermanfaat.
Ini sudah pasti lebih baik berbanding tidak berbuat apa-apa.
Bila anda sudah mula bekerja, anda akan rasa bertapa nikmatnya alam pekerjaan tu kerana tidak semua merasai keseronokan dan pengalaman yang baik semasa bekerja.
Jadi, anda tidak boleh terlalu memilih dalam soal kerja kerana ini adalah permulaan untuk anda merasai bagaimana alam pekerjaan itu.
Dari situ anda akan tahu bagaimana penatnya ibu dan ayah anda mencari duit selama ini untuk anda.
Jadi gunakan masa yang ada itu dengan cari pengalaman bekerja bagi memudahkan dan memberi peluang yang tinggi untuk masa depan anda semua.

 

4. Tentulah dapat duit!

Jangan lupa untuk menyimpan sedikit duit yang anda dapat bagi kegunaan di kemudian hari.
Contohnya, untuk kegunaan di masa hadapan seperti sambung belajar.
Masa ni lah anda nak buktikan pada ibu dan bapa anda yang anda boleh hidup berdikari dan tidak mahu menyusahkan orang tua anda semua. 
Terima Kasih dan selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *