Career Cube telah kongsikan laluan kerjaya seorang peguam/lawyer pada post sebelum ini. Pada post ini, Akan Career Cube kongsikan kemahiran yang perlu ada untuk menjadi seorang peguam.
Peguam atau pengacara ialah orang yang mengamalkan undang-undang, sebagai peguam bela, peguam undang-undang, bar undang-undang, kanonis, peguam kanon, notari undang-undang sivil, peguam, kaunselor, peguam cara, eksekutif undang-undang, atau penjawat awam yang mempersiapkan, menafsirkan dan menerapkan undang-undang, tetapi bukan sebagai setiausaha eksekutif paralegal atau piagam.
Inilah beberapa skill/kemahiran yang perlu ada untuk menjadi seorang peguam:
- Pemikiran yang bersifat analitikal
Pemikiran perlu bersifat analitikal kerana seorang peguam perlu menganalisa setiap situasi yang berlaku supaya boleh membuat keputusan yang tepat dengan menyesuaikan dengan pelbagai kemungkinan yang ada.
- Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan ni penting untuk anak guam mengupah seorang peguam untuk mengendalikan kes. Kalau seorang peguam itu sendiri tidak amanah dalam pekerjaan dan mengabaikan kepercayaan yang diletakkan oleh anak guam maka takde gunalah anak guam tersebut mengupah peguam tersebut. Betul tak?
- Integriti
Kejujuran ni penting bukan setakat sebagai peguam malah dalam apa-apa pekerjaan sekalipun. Bukan setakat jujur dalam menguruskan pekerjaan, seorang peguam juga perlu jujur dalam mengendalikan kes dan tidak mengambil jalan mudah dan singkat dengan mengambil rasuah dan sebagainya.
- Teliti
Seorang peguam perlu teliti dengan setiap perkara walaupun perkara tersebut berada di luar kotak. Kita tak jangka sesuatu perkara itu berlaku, oleh itu, seorang peguam kena mengambil kira semua aspek walau sekecil apapun perkara tersebut. Tak hairanlah seorang peguam yang bagus, beliau akan selalu menang dalam memperjuangkan kes kerana penelitian dalam setiap aspek.
- Boleh menghadapi tekanan
Bukan mudah untuk menjadi seorang peguam. Semua orang tahu dan sedar peguam akan berhadapan dengan ramai orang bukan setakat orang yang baik malah penjenayah sekalipun, maka, secara tak langsung, peguam akan menghadapi tekanan dalam pelbagai sudut. Kena pulak kes tersebut merupakan kes yang memerlukan masa yang lama untuk perbicaraan maka akan bertambah beban kerja dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi segala tekanan yang timbul. Jadi kalau anda sejenis yang boleh menghadapi tekanan dan bekerja dalam tekanan, kerjaya inilah yang sepatutnya menjadi pilihan anda.
- Inisiatif
Seorang peguam perlu bijak mengatur strategi, kaedah dan cara. Seorang peguam perlu mengkaji sesebuah kes sebelum mengambil keputusan untuk mengendalikan kes tersebut. Bukan senang untuk mengatur strategi ye boleh jadi di peringkat pertengahan tempoh perbicaraan, timbul isu lain pula yang berlaku tidak mengikut perancangan awal, maka, seorang peguam kena memikirkan teknik dan taktik lain untuk membuktikan sesuatu kes tersebut.
Apa perkara lain yang anda mahu tahu tentang peguam/lawyer? Tuliskan di ruang komen 🙂