Tanya diri sendiri apa yang anda mahu daripada pekerjaan anda, persekitaran yang bagaimanakah yang akan menyebabkan anda kekal bersemangat untuk ke tempat kerja?
Holland Code atau Holland Occupational Themes adalah berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Dr. John L. Holland pada tahun 1958. Dalam teori berkenaan beliau mengatakan bahawa orang dan persekitaran kerja boleh diklasifikasikan kepada enam kumpulan yang berbeza, dan setiap klasifikasi ini diwakili dengan huruf yang tertentu iaitu R,I,A,S,E dan C. Personaliti diri dan minat yang berbeza menyebabkan seseorang mencari persekitaran yang berbeza.
RIASEC adalah teori yang membantu individu mengenali minat, kekuatan, serta memilih kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka. Klasifikasi tersebut disenaraikan di bawah dan penerangannya disertakan dengan beberapa bidang atau pekerjaan yang dicadangkan untuk mereka yang cenderung terhadap sesuatu minat atau perkara.
Realistic (Doer/Pelaksana)
Individu yang cenderung terhadap aktiviti yang melibatkan kemahiran pertukangan dan mekanikal.
Contoh kerjaya: Engineer, Athletic Coach
Investigative (Thinker/Pemikir)
Individu yang cenderung terhadap kerja-kerja saintifik, analisis dan teknikal.
Contoh kerjaya: Biologist, Lawyer
Artistic (Creator/Pencipta)
Individu yang cenderung terhadap kerja-kerja yang melibatkan kreativiti seperti seni, muzik dan penulisan.
Contoh kerjaya: Musician. Graphic Designer
Social (Helper/Penolong)
Individu yang suka berinteraksi dengan orang lain dan cenderung untuk terlibat dalam pekerjaan yang membantu orang lain.
Contoh kerjaya: Psvchologist, Counsellor
Enterprising (Persuader/Pempengaruh)
Individu yang memilki semangat kepimpinan dan suka mempengaruhi orang lain. Individu ini cenderung terhadap pengurusan dan perniagaan.
Contoh kerjaya: Business Entrepreneur, Ambassador
Conventional (Organizer/Pengatur)
Individu yang cenderung untuk mengikuti prosedur yang ditetapkan dan memberikan perhatian kepada butiran.
Contoh kerjaya: Accountant, Wedding Planner
Bagaimana dengan anda? Semak apa kod riasec anda di sini: https://careercube.com.my/riasec