Temu duga adalah sebahagian penting dalam proses permohonan pekerjaan, dan biasanya, terdapat beberapa soalan yang sering ditanya oleh majikan. Soalan-soalan ini ditanya dengan tujuan mendapatkan jawapan yang tepat daripada calon. Walau bagaimanapun, kadang-kala makna di sebalik soalan tersebut mungkin tidak jelas kepada para calon. Jadi di sini, kami senaraikan beberapa soalan yang sering diajukan dalam temu duga serta makna di sebalik soalan tersebut:
SOALAN:
Ceritakan tentang diri anda.
Tell me about yourself.
MAKNA DI SEBALIK SOALAN:
- Majikan ingin mendapatkan gambaran umum tentang latar belakang, pengalaman, dan kebolehan anda. Mereka mahu melihat bagaimana anda perkenalkan diri anda dan sejauh mana anda dapat menyampaikan maklumat yang relevan dengan menarik.
SOALAN:
Apakah tanggungjawab anda dalam pekerjaan yang lalu?
What were your responsibilities in your previous role?
MAKNA DI SEBALIK SOALAN:
- Penemu duga mahu mencari persamaan di antara tugasan dalam pekerjaan yang lalu dengan jawatan yang dipohon. Jika anda graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian, penemu duga mahu mengenal pasti pengalaman anda dalam melaksanakan tugasan yang mempunyai kemahiran selari dengan jawatan yang dipohon semasa anda belajar dahulu.
SOALAN:
Apakah kekuatan dan kelemahan anda?
What is your strength and weakness?
MAKNA DI SEBALIK SOALAN:
- Soalan ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana anda memahami diri anda sendiri. Majikan juga ingin mengetahui bagaimana anda menguruskan kelemahan anda dan bagaimana anda menggunakan kekuatan anda untuk kebaikan.
SOALAN:
Bolehkah anda berikan contoh situasi di mana anda menghadapi konflik di tempat kerja dan bagaimana anda menanganinya?
Can you give an example of a situation where you faced a conflict at work and how you dealt with it?
MAKNA DI SEBALIK SOALAN:
- Soalan ini adalah untuk menilai kemahiran interpersonal anda, kemampuan untuk menyelesaikan masalah, dan bagaimana anda berurusan dengan tekanan. Majikan ingin melihat bagaimana anda memberikan respon terhadap situasi yang mencabar di tempat kerja dan bagaimana anda menggunakan kemahiran anda untuk menyelesaikan konflik.
SOALAN:
Mengapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat kami?
Why are interested to join us?
MAKNA DI SEBALIK SOALAN:
- Majikan ingin tahu sejauh mana anda membuat kajian tentang syarikat serta memahami industri di mana mereka beroperasi. Mereka ingin mendengar sebab yang spesifik mengapa anda memilih syarikat mereka dan bagaimana anda dapat memberi sumbangan kepada organisasi tersebut.
SOALAN:
Kenapa kami perlu ambil anda bekerja?
Why should we hire you?
MAKNA DI SEBALIK SOALAN:
- Penemuduga mahu tahu perkara atau hasil yang anda rancang dan mahu capai sekiranya anda diberikan jawatan tersebut.
SOALAN:
Di mana anda melihat diri anda dalam lima tahun akan datang?
Where do you see yourself in the next five years?
MAKNA DI SEBALIK SOALAN:
- Soalan ini bertujuan untuk menilai matlamat dan aspirasi kerjaya anda. Majikan ingin tahu sama ada anda mempunyai perancangan yang jelas untuk masa depan anda dan sama ada aspirasi anda sejajar dengan peluang pembangunan yang ada dalam syarikat.
Memahami makna di sebalik soalan-soalan temu duga dapat membantu anda memberikan jawapan yang tepat dan memberikan gambaran yang positif tentang diri anda kepada majikan. Selain itu, ia juga membolehkan anda bersedia untuk merancang jawapan yang relevan dan menarik untuk setiap soalan yang diajukan. Dengan persiapan yang baik, anda akan dapat menghadapi temu duga dengan keyakinan dan memperoleh peluang pekerjaan yang anda idamkan. Selamat mencuba!