Memulakan pekerjaan pertama selepas tamat pengajian memang sebuah pengalaman yang mengujakan, tetapi ia boleh jadi mencabar untuk menyesuaikan diri dengan rakan sekerja. Oleh itu, kami akan kongsikan tip untuk membantu anda bergaul dengan lebih baik.
- Bina Hubungan Dari Awal
Anda perlu bergaul dengan rakan sekerja pada hari pertama bekerja. Selain daripada belajar tentang peranan baru anda, bertemu dan bertegur sapa dengan mereka juga penting. Anda boleh mengikut mereka makan tengah hari bersama. Ini akan memberi masa untuk mengenali mereka dan menunjukkan minat anda dalam membina hubungan bersama.
- Tunjukkan Rasa Hormat
Walaupun anda tidak suka rakan sekerja anda, anda perlu hormat mereka untuk pastikan hubungan yang dimiliki kekal positif dan anda boleh bekerjasama semasa bekerja. Tidak menyukai orang di tempat kerja ialah perkara normal dalam persekitaran pejabat.
- Jadikan Diri Anda Seorang Yang Mudah Didekati
Sekiranya anda bekerja dalam pejabat tertutup, pastikan pintu dibuka supaya anda boleh berinteraksi dengan mereka. Namun jika sebaliknya, cuba untuk tidak memakai fon kepala sepanjang masa supaya mereka mempunyai peluang untuk berinteraksi apabila perlu.
Sekiranya anda seorang pengurus dan majikan, gunalah tip ini untuk benarkan pekerja tahu bahawa mereka boleh dekati anda dan anda cakna tentang mereka di tempat kerja.
- Bekerjasama Dengan Pasukan Lain
Biasanya bekerja dengan pasukan yang sama setiap hari adalah lebih mudah, terutamanya jika anda berada dalam pasukan tetap. Jika berpeluang, cuba untuk bekerja dengan pasukan lain di tempat kerja. Anda akan berpeluang untuk bertemu orang baru dan membina hubungan kerja yang lebih luas.
Kesimpulannya, bergaul dan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan kerja boleh mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni. Cubalah bergaul mulai hari ini!