Latihan industri dan praktikal memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar intern. Peluang ini haruslah digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar semasa tempoh ‘internship‘. Anda akan menjadi contoh kepada universiti atau kolej. Jika anda menonjolkan prestasi dan imej yang baik, anda berpetensi untuk diserap kerja dalam syarikat tersebut.
Objektif latihan industri/internship adalah peluang merasai kerja sebenar dalam industri. IPT semua mewajibkan internship. Soalan: Adakah mahasiswa sedar fungsi internship ini? Ada syarikat yang tegas, ada yang toleransi dala mengurus pelajar praktikal. Tapi, nama pun pelajar praktikal, inilah waktu belajar dan pendedahan budaya kerja macma mana. Buat salah pun, orang tegur je, tak ada nak maki sangat.
Tentunya ramai yang bertanya kepada Career Cube, bagaimana cara lapor diri internship, bagaimana pengalaman praktikal di kerajaan ataupun industri yang baik. Apa sahaja persiapan dan perkara yang perlu diperlakukan semasa menjalani latihan industri. Apakah yang perlu dilakukan ketika menjalani latihan internship. Apakah persiapan dan yang perlu dilakukan sebelum melakukan internship/latihan industri. Apakah pengalaman yang baik dan buruk dari hari pertama lapor diri latihan industri.
Melalui 2 video ini, Career Cube kongsikan tip-tip menjalani latihan internship. Apa yang perlu disiapkan, apa yang perlu dibuat, dan apa sahaja yang tak boleh dibuat. What are the Do’s and Dont’s.
Selamat Menonton!