Temu duga melalui panggilan telefon boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu melalui Video Call Interview (VC interview) atau Phone Call Interview (PC interview).
Kebiasaannya panggilan untuk temu duga tidak akan dibuat secara mengejut! Anda akan menerima maklumat tentang waktu, tarikh dan platform yang akan digunakan sewaktu sesi temu duga sama ada sehari atau seminggu daripada tarikh temu duga.
Persediaan bagi kedua-dua jenis panggilan temuduga itu adalah sama. Oleh itu, Career Cube akan kongsikan 4 tip yang anda perlu lakukan seperti:
- Kajian Tentang Syarikat
Perkara paling penting yang anda perlu lakukan adalah membuat carian yang banyak dan mendalam tentang syarikat yang telah anda mohon. Antara maklumat yang perlu anda ambil maklum adalah tentang latar belakang syarikat.
Selain itu, anda perlu meneliti semula iklan kerja yang anda lihat untuk memastikan ciri-ciri, kriteria dan senarai tugasan yang dimahukan oleh pihak syarikat bersesuaian dengan maklumat dalam resume anda.
- Bersedia Dengan Ruang Temu Duga
Anda perlu menyediakan ruang yang kondusif dan selesa untuk menghadiri sesi temuduga secara online. Selain daripada memastikan tiada gangguan bunyi daripada persekitaran, anda juga perlu menyemak rangkaian data internet untuk memastikan sesi temu duga berjalan dengan lancar.
Perkara utama yang perlu anda ingat adalah memastikan ruang atau bilik yang anda gunakan itu telah dikunci untuk mengelakkan sesi temu duga terganggu oleh gangguan daripada luar.
- Bersedia Dengan Resume Dan Nota
Semasa sesi VC interview berlangsung, anda BOLEH untuk menulis nota tentang soalan dan info yang anda perolehi. Bagi mereka yang TIDAK BOLEH multitasking, anda tidak digalakkan untuk membuka dua laptop atau apa-apa gadjet elektronik di hadapan anda sewaktu sesi temuduga bagi mengelakkan diri anda daripada hilang fokus dan tidak mendengar dengan jelas apa yang ditanyakan oleh pihak penemuduga.
- Pakai Pakaian Formal
Perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh setiap calon yang menghadiri sesi temu duga dalam talian adalah pemilihan pakaian. Seperti mana anda berpakaian formal dan lengkap sewaktu menghadiri temu duga secara bersemuka, anda juga harus memakai pakaian sebegitu ketika sesi temu duga dalam talian!
Berdasarkan insiden yang pernah viral sebelum ini, ramai yang tidak ambil peduli tentang pemakaian sewaktu VC interview kerana beranggapan pihak penemuduga hanya dapat melihat bahagian atas sahaja. Pelbagai perkara boleh berlaku seperti mana ada penemu duga yang meminta calon untuk berdiri jauh daripada laptop atau komputer untuk menilai pakaian sama ada lengkap dan formal atau sebaliknya. Anda MESTI pakai formal!
Akhir sekali, kami berpendapat bahawa bila anda menghadiri sesi video call interview daripada company overseas, itu adalah interview yang sebenar kecuali company local. Namun kali ini, kebanyakkan syarikat yang membuat video call interview menganggap itu adalah saringan akhir yang sebenar.