5 perkara yang boleh dilakukan oleh ‘job hunter’ semasa tempoh wabak Covid-19

Kebanyakan industri hampir lumpuh diseluruh dunia disebabkan berlakunya wabak Covid-19. Kuasa besar dunia, China teruk terjejas dan terpaksa menjalankan perintah berkurung di seluruh negara. Secara langsung ianya memberikan impak yang tinggi kepada statistik pengangguran dan pekerjaan di dunia. Sesetengah industri berkemungkinan akan mengambil masa untuk naik semula manakala ada industri yang akan mendapat permintaan yang tinggi.

Di Malaysia, perintah larangan pergerakan telah dikeluarkan oleh kerajaan dan semua rakyat diarahkan untuk ‘stay at home’ kecuali mereka yang terlibat dengan sektor kritikal.

Peluang ini seharusnya diambil oleh para ‘job seeker’ dalam proses mencari kerja.

1. Cari maklumat yang terperinci mengenai syarikat yang ingin di pohon dan memahami landskap syarikat dan industri tersebut.

2. Menambah kepakaran dalam bidang komputer. Kaji dan teroka aplikasi-aplikasi atau perisian terkini. Kemahiran ini menjadi nilai tambah yang boleh diletakkan di dalam resume.

3. Gunakan masa yang ada untuk lebih teliti dan kemaskini resume dan profile media sosial anda.

4. Tambah skil komunikasi dan ‘interpersonal skills’ dengan menonto lebih banyak video yang berkaitan.

5. Buat video resume anda. Kebanyakan syarikat mula meletakkan syarat supaya dilampirkan video resume didalam permohonan kerja.

Walaupun keadaan ekonomi agak mencabar buat masa kini, namun percayalah masih ada peluang untuk anda dapat kerja. Mulakan dengan 5 langkah diatas untuk berjaya mendapat kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *