Apakah industri yang masih membuka peluang pekerjaan semasa berlakunya wabak Covid-19?

Semua sedia maklum banyak sektor yang terkesan dengan wabak Covid-19 tetapi masih ada sektor yang masih membuka peluang pekerjaan antaranya dalam bidang perubatan, pembekal-pembekal barangan perubatan, bekalan makanan dan sebagainya. Antara syarikat yang mengumumkan peningkatan bilangan kemasukan pekerja di peringkat global adalah Walmart, rangkaian restoran makanan segera terutamanya yang mempunyai perkhidmatan penghantaran ke rumah dan Amazon.

Tempoh hari kerajaan Malaysia telah mengumumkan peruntukan tambahan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM100 juta untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat bagi menangani COVID-19. Perdana Menteri juga menyatakan industri pembuatan peralatan perubatan terutamanya topeng muka masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi. Justeru, peluang keemasan ini patut di ambil dalam keaadaan ekonomi dunia oleh para pencari kerja.

Begitu juga bagi bidang teknologi dan maklumat. Disebabkan perintah kawalan pergerakan,kebanyakan syarikat mengambil langkah ‘work from home’. Pelbagai aplikasi digunakan untuk menjalankan mesyuarat dan perbincangan atas talian. Peluang ini patut diambil oleh graduan sains komputer untuk samada menghasilkan aplikasi yang mudah atau menjadi penyelenggara sistem.

Bagi mereka yang sudah didalam bidang perubatan, pembuatan dan teknologi, peluang anda sangat cerah untuk mendapat kerja. Bagi mereka yang baru ingin mencari bidang yang ingin diceburi, mungkin anda boleh mengambil kira untuk mencuba bidang-bidang diatas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *