Seorang arkitek adalah orang yang merancang dan mengkaji pembinaan bangunan seperti bangunan pejabat, kilang, dan sebagainya. Untuk mengamalkan, seni bina bermakna menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan reka bentuk bangunan dan ruang dalam laman web yang mengelilingi bangunan yang mempunyai penghuni manusia atau digunakan sebagai tujuan utama mereka.
Adakah tuan-tuan/cikpuan adalah seorang arkitek? Apakah peranan sebagai seorang arkitek? Apakah pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada pada seorang architect? Apakah ciri-ciri personaliti yang arkitek perlu ada? Dan, kemanakah laluan kerjaya seorang Arkitek?
Kemahiran yang perlu ada pada seorang arkitek adalah mahir dalam kira-kira(Mathematics) kerana anda akan banyak menggunakan nombor dalam mengira setiap sudut untuk membina sebuah bangunan.
Selain itu, kemahiran komunikasi adalah satu set aktiviti yang akhirnya membuat prestasi umum yang berkualiti. Maksudnya, Berkomunikasi dengan kuat dan jelas pada bakal pelabur dan pelanggan. Seterusnya, menjadi pendengar aktif dan ahli pasukan aktif dan memastikan projek berjalan seperti yang dirancang.
Manakala pengetahuan pula, seorang arkitek haruslah mempunyai pengetahuan asas tentang fizik, matematik,seni dan reka bentuk kerana anda yang akan melakar seni dan reka bentuk itu dan tunjukkan hasil kerja itu kepada pelanggan anda.
Ciri-ciri personaliti yang perlu ada seorang Architect adalah pemikiran analitik bermaksud komponen pemikiran visual kritis yang memberikan satu keupayaan untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan. Maksudnya, anda mampu mengatasi masalah itu dengan cepat dan mudah walaupun dalam keadaan kritikal masa itu.
Kedua, perhatian kepada terperinci. Apabila anda membuat sesuatu rekaan bentuk itu, anda haruslah mempunyai sifat atau sikap terperincip dalam setiap tugasan yang anda lakukan kerana anda mesti tidak mahu terjadi sebarang masalah di masa akan datang betul kan?
Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang Arkitek(Architect) adalah menjadi seorang arkitek kediaman, arkitek komersial , arkitek sivil dan juga seorang arkitek pemuliharaan.