Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Guru(Teacher)

Siapa di antara cikpuan/tuan-tuan mahu jadi seorang Guru/Cikgu? Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang guru? Apakah personaliti yang ada pada seorang cikgu? Apakah pengetahuan yang seorang guru perlu tahu dan akhir sekali, ke manakah laluan kerjaya seorang guru?

Guru, bukan sahaja “cikgu” yang mengajar , mendidik atau membimbing kita malah guru juga umpama ahli keluarga kita. Tanpa guru, tidak mungkin anda berjaya sehingga ke hari ini.

Guru adalah seorang manusia yang sentiasa sabar dalam mengajar anda dari mula anda langkah masuk ke sekolah hingga anda tamat pengajian. Perkataan cikgu tidak lengkang dibibir anda daripada menyebutnya.

Hebatkan jadi seorang GURU yang sentiasa diingati setiap masa.

Adakah anda mahu menjadi seorang guru?

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Guru(Teacher)

Peranan menjadi seorang guru ialah mengajar, mendidik dan membimbing anak bangsa sehingga berjaya. Hebatnya seorang guru yang mampu mengajar 40 orang murid di dalam kelas. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia di mata semua orang dan sangat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan juga negara.

Guru juga memainkan perananan penting dalam memberi kesedaran kepada setiap anak bangsa dan tidak lupa pada diri sendiri dan juga hubungan dengan Tuhan.

Seterusnya, kemahiran yang perlu ada pada seorang guru adalah:

  1. Lisan: Seorang guru haruslah menggunakan perkataan yang baik dan tidak menyindir mana-mana pihak di hadapan pelajarnya.
  2. Komunikasi: Apabila anda menjadi seorang guru, anda harus tahu bagaimana cara untuk berhadapan dengan pelajar anda dan bagaimana cara untuk anda berkomunikasi dengan mereka “as a teacher and student”.
  3.  Memberi sepenuh perhatian: Seorang guru juga mestilah memberi sepenuh perhatian kepada pelajar semasa mengajar kerana anda yang akan mengajar pelajar tersebut. Jika anda terlalu “busy” dengan telefon bimbit, mungkin satu hari nanti pelajar-pelajar itu akan rasa hilang hormat pada anda.

Personaliti pula yang perlu ada pada seorang guru adalah :

  1. Kepimpinan: Kenapa ciri-ciri kepimpinan perlu ada pada seorang guru? Anda yang akan memimpin, mendidik dan mengajar pelajar anda. Sekiranya anda memimpin ke jalan yang betul, pasti pelajar anda akan berjaya tetapi sekiranya tidak, mungkin pelajar-pelajar anda akan ikut jalan yang salah. Jadi, kenapa perlu ada ciri-ciri kepimpinan itu pada seorang guru kerana anda yang akan mencorakkan diri mereka selain daripada ibu bapa mereka sendiri. Akhir kata, jadilah seorang guru yang mampu memimpin pelajar anda hingga berjaya.
  2. Tanggungjawab dan Amanah: Guru yang cemerlang adalah seorang guru yang bertanggungjawab dan amanah pada kerjaya mereka. Mereka akan melaksanakan tugas mereka dengan teliti dan sentiasa memastikan tugas di laksanakan dengan sebaik mungkin.

Untuk pengetahuan seorang cikgu pula ialah pertama, menyelesaikan masalah. Maksudnya, apabila anda berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah atau memang bermasalah, anda yang harus meredakan masalah itu bukannya seperti menuangkan minyak tanah dalam api yang akan mmbuatkan suasana bertambah keruh.

Kedua, mengajar. Ilmu atau kemahiran yang diperolehi oleh bakal guru atau guru adalah melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam tempoh yang ditetapkan untuk membolehkan seseorang itu menjadi seorang guru yang bertauliah.

Selain itu, sesorang guru itu juga mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai subjek/mata pelajaran yang diajarkannya tidak kira sama ada guru itu pernah menerima latihan perguruan ataupun tidak.

Di samping itu juga, seorang guru perlu mengetahui kaedah atau cara penyampaian yang berkesan dalam pengajarannya supaya murid-muridnya dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Ketiga, kuat dalam subjek yang anda minati. Ada guru yang berani mengambil subjek yang mereka tidak pernah ambil sebelum ini tetapi disebabkan itu adalah tugas sebagai seorang guru jadi mereka terima juga.

Mengapa seorang guru perlu ambil atau pilih subjek yang betul-betul mereka minati atau memang bidang dia? Kerana, sekiranya seorang guru itu pandai dalam subjek yang mereka minati, ia akan memudahkan seorang guru itu untuk mengajar tetapi sekiranya tidak, guru itu mungkin mengalami masalah untuk mengajar anak-anak murid mereka.

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang guru/cikgu ialah Guru Besar/Ketua Guru (Head techer), Tutor Peribadi (Private Tutor) dan Pengurus Pendidikan (Education Manager).

Sekian Terima Kasih, Selamat Maju Jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *