ADAKAH anda bercita-cita ingin memandu pesawat penumpang dalam usia yang muda? ADAKAH anda bercita-cita untuk menjadi seorang Juruterbang(Pilot)?
Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang.
Tetapi, anda kena tahu bahawa memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendaliannya amat berbeza.
Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira perjalanan itu jauh atau dekat.
Peranan untuk menjadi seorang juruterbang adalah menavigasi penerbangan pesawat sayap tetap dilaluan penerbangan udara. Sebelum anda menjadi seorang Pilot, anda harus melalui beberapa ujian dan mengikut syarat kelayakan yang sudah mereka tetapkan.
Yang penting, anda sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau panjang.
Seterusnya, personaliti yang perlu ada pada seorang Juruterbang adalah memberi tumpuan terhadap apa yang dilakukan atau dikatakan oleh seseorang kerana anda yang akan mengemudi penerbangan pesawat yang penuh dengan penumpang jadi anda perlu focus semasa mengemudi penerbangan pesawat.
Kemahiran pula, anda mestilah peka dengan keadaan sekeliling. Maksudnya, anda seharusnya notis apabila masalah berlaku. Contohnya, semasa anda tengah mengemudi penerbangan pesawat sayap, tiba-tiba anda rasa ada benda yang tidak kena , anda haruslah mengambil langkah berjaga-jaga terlebih awal sebelum terjadi apa-apa pada penumpang dan diri anda.
Selain itu, seorang Juruterbang(Pilot) perlu ada sikap yang pantas, cekap dalam melakukan sesuatu kerja seperti “lipas kudung”. Bukan bermakna, anda dilabelkan sebagai lipas kudung, anda orang kurang upaya(OKU). Tidak ya! Itu hanyalah peribahasa atau perumpamaan sahaja. Maksud disini adalah anda cepat dan cekap dalam menukar kawalan mesin, kereta, trak atau bot.
Akhir sekali, laluan kerjaya untuk Juruterbang adalah juruterbang peribadi(Private Pilot), juruterbang komersial (Commercial pilot) dan juruterbang tentera (Military pilot).
Jadi, mana satukah pilihan kerjaya anda ? Terima Kasih kerana membaca tentang Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Juruterbang(Pilot).
Nantikan kerjaya yang seterusnya!