Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Kaunselor(Counselor)

Adakah anda suka membantu orang dalam menyelesaikan masalah mereka?

Apakah kepentingan menjadi seorang kaunselor?

Apakah fungsi/tugas seorang kaunselor?

Bagaimana mahu menjadi seorang kaunselor dan apakah laluan kerjaya untuk kaunselor?

Kaunselor merupakan kebolehan seseorang individu dalam menolong individu lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup seseorang itu.

 

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Kaunselor(Counselor)

Peranan sebagai seorang kaunselor adalah menilai masalah seseorang melalui penggunaan wawancara, pemerhatian ataupun masalah di masa lampau .

Selain itu, peranan kaunselor juga mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan dalam membimbing dan memberi nasihat yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di mana-mana tempat mereka berada.

Jadi, kemahiran sebagai seorang kaunselor adalah:

  1. Lisan: Menjadi seorang kaunselor bukannya mudah kerana mereka mestilah mempunyai iman yang kuat dan sentiasa bersabar. Penggunaan kata adalah penting kerana mereka yang akan memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk individu itu.
  2. Dengar dan faham apa yang klien kata.
  3. Peka terhadap masalah keliling.

Personaliti yang patut ada pada seseorang kaunselor itu adalah yang pertama, prihatin terhadap orang sekeliling mereka.

Kedua, kebolehpercayaan. Maksudnya, apabila seseorang individu itu sudah menceritakan masalah mereka, peranan kaunselor adalah menyimpan rahsia dengan sebaik-baiknya kerana individu itu sudah memberi sepenuh kepercayaan kepada penasihat itu.

Bak kata pepatah Melayu“biar pecah di perut jangan pecah di mulut”.

Ketiga, kawal diri. Apabila seorang kaunselor berhadapan dengan masalah besar, beliau haruslah mengawal dirinya agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat ataupun menggunakan kekerasan terhadap individu tersebut kerana itu bukanlah ciri-ciri personaliti yang ada pada diri seorang kaunselor.

Menjadi seorang kaunselor juga memerlukan ilmu pengetahuan kerana kaunseling adalah salah satu profesion yang mempunyai asas yang saintifik dan objektif  daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antopologi dan falsafah.

Kaunselor juga memerlukan tanggungjawab dalam melahirkan idea, memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien/individu.

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk kaunselor adalah menjadi seorang penasihat di sekolah/kolej, keluarga ataupun penasihat perkahwinan.

Jadi, apakah kerjaya pilihan anda? Sekiranya, anda terlepas untuk kerjaya yang pertama, anda boleh klik di link Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Doktor Haiwan(Veterinarian)  ini untuk melihat apakah info dan laluan kerjaya tersebut.

Nantikan kerjaya yang seterusnya! Selamat Maju Jaya!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *