Adakah anda pernah dengar tentang bidang obstetrik? Jika pernah dengar, adakah anda tahu apa itu bidang obstetrik? Bidang perubatan meliputi pelbagai cabang dan salah satunya adalah bidang obstetrik. Biasanya obstetrik pasti digabungkan dan dikaitkan dengan bidang ginekologi. Namun begitu, fokus kita pada post ini adalah tentang bidang obstetrik.
Obstetrik adalah bidang pengajian yang tertumpu pada kehamilan, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Sebagai pakar perubatan, obstetrik digabungkan dengan ginekologi di bawah disiplin yang dikenali sebagai obstetrik dan ginekologi (OB/GYN) bagi kepakaran pembedahan. Hari ini kita akan menyelami dan mengenal apa itu bidang obstetrik dan laluan kerjaya untuk masuk ke bidang ini. Ayuh!
Setelah tamat belajar anda menjadi intern atau houseman officer di Malaysia. Ini tempoh percubaan di mana anda akan melakukan praktikal di 6 disiplin utama iaitu perubatan, pembedahan, ortho, kanak-kanak, wanita, dan kecemasan.
Selepas itu di Malaysia (2 tahun) barulah anda menjadi pegawai perubatan penuh (MO) dan boleh memilih kepakaran apa yang anda minat. Ada dua cara untuk menjadi pakar di sini. Pertama, mohon program Master klinikal di universiti tempatan, kedua, duduki peperiksaan oleh kolej Diraja UK seperti MRCP/MRCOG yang diiktiraf kerajaan secara persendirian. Tempoh menjadi pakar ialah dalam 6-7 tahun selepas graduasi. Di Malaysia, seperti di kebanyakan kawasan di dunia, latihan dan pensijilan kedua-dua bidang ini dilakukan secara serentak. Seorang doktor pakar yang telah berjaya haruslah menamatkan latihan pakar obstetrik dan pakar sakit puan sebelum bergelar doktor obstetrik.