Tip dan Cara Menjawab Soalan Interview

Pada post ini, Career Cube akan menshare cara dan tip untuk anda dalam menjawab soalan interview (temuduga). Tentunya ramai diantara anda yang mencari soalan-soalan temuduga, baik itu untuk temuduga jawatan SPA, Imegresyen, pegawai dan pentadbiran bank, atau yang lain.

 

Biasa akan ada banyak pertanyaan yang berbeza, tapi biasanya akan ada pertanyaan asas (competency based interview).😎

Jap, apa itu competency -based interview question?

Ia adalah set soalan open-ended untuk tahu softskill calon berdasarkan pengalaman sebenar calon.

 

Contoh :
“Terangkan tindakan anda apabila ada ahli kumpulan yang tidak menyumbang dalam tugasan berkumpulan”

Ia tiada betul salah. Jawapan bukan berdasarkan
❌ saya rasa…
❌ kalau saya lah…
❌ apa saya akan buat…

Bukan, bukan, bukan.

βœ”οΈ Ia ditanya merujuk pengalaman sebenar calon, dan bagaimana calon TELAH bertindak terhadap situasi itu.

Kenapa ditanya soalan begini?

“Past behaviour is the best indicator of future performance”

How to answer competency based interview question. (2/2) 😎😎

Flow asas menjawab soalan begini ialah guna konsep ini
C.A.R

  • C – Context ➑️ Terangkan situasi, bila, siapa terlibat
  • A- Action ➑️ Terangkan apa tindakan anda
  • R – Result ➑️ Terangkan Hasil dari tindakan anda

Contoh jawapan:
” Saya pernah ada tugasan kumpulan 5 orang untuk subjek sains politik. Tugasan adalah perlu membuat survey dan temuduga pelbagai peringkat berkaitan isu kos sara hidup. tugasan telah diagihkan dan seorang ahli sentiasa hilang, tidak respon dan tak siapkan tugasan beliau. [Context]

Saya sebagai team leader telah jadualkan seminggu awal pertemuan, senaraikan tugasan setiap orang di dalam group whatsapp beserta tarikh hantar tugasan. Saya follow up 2hari dan 1 hari sebelum due date. Serta ingatkan jika perlu bantuan, maklumkan saja. ahli kumpulan akan bantu.
[Action]

Hasilnya, pertemuan minggu pertama dan kedua, beliau hilang dan tak siap tugasan, kami terpaksa buatkan untuk beliau dengan amaran, beliau akan dilaporkan kepada pensyarah. pertemuan ketiga, beliau telah respon dengan baik, dan memberi respon kerana tiada alasan lagi untuk mengelak.
[Result]

πŸ‘†πŸΌπŸ‘†πŸΌπŸ‘†πŸΌ
Jelas dengan konsep C.A.R ?

Agak-agak boleh jawab dengan power dalam interview nanti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *