Games developer? pemaju permainan? Ada ke kerjaya sebagai “Games developer”?
Mestilah ada, kenapa pulak tidak ada? Sekiranya, games developer ini tidak wujud, siapakah yang akan membuat permainan video yang anda sering gunakan itu?
Jadi, adakah anda mahu jadi sebahagian daripada pemaju permainan?
Games Developer adalah seorang profesional yang membantu membuat permainan video dari konsep ke produk sebenar. Bukan mudah untuk menjadi seorang pemaju permainan (Games Developer) kerana anda haruslah bekerja dalam pasukan untuk membantu antara satu sama lain dalam membuat idea untuk permainan video hidup.
Untuk menjadi seorang pemaju permainan, ia bergantung kepada pekerjaan dan majikan yang spesifik, banyak pengaturcara permainan memerlukan sekurang-kurangnya gelaran sarjana, dan walaupun ijazah sarjana muda tidak diperlukan untuk semua pereka permainan video, ijazah kolej amat membantu.
Kemahiran yang perlu ada pada pemaju permainan adalah kemahiran teknikal, penyelesaian masalah dan juga pandai dalam berkomunikasi.
Personaliti pula, seorang pemaju permainan mestilah kreatif. Kerana, anda yang akan mencorakkan reka bentuk permainan tu macam mana, dan bagaimana cara untuk menggunakannya.
Kedua, bersemangat. Kenapa kena bersemangat? Kerana, bila anda tidak bersemangat dalam membuat permainan video, adakah permainan video itu jadi seperti apa yang anda inginkan dan akan disukai orang ramai? Adakah ia berbaloi untuk anda dan jugak permain permainan video itu? Jadi, renung-renungkanlah ya!
Akhir sekali, menjadi pemaju permainan juga perlukan ilmu pengetahuan. Bukannya menjadi seorang Games Developer anda terlepas daripada menuntut ilmu ya. Antara ilmu pengetahuan yang anda perlukan adalah dari segi matapelajaran matematik, fizik, reka bentuk grafik dan juga sains komputer.
aliran apa kena ambik?
Tuan boleh ambil course yang spesific (bachelor of game development) atau general (software engineer/information technology/computer science/multimedia).