Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pengendali Kemera, Animator(Camera Operator, Animator)

Pengendali kamera bertanggungjawab untuk menangkap dan merekodkan semua aspek adegan untuk filem atau televisyen.

Mereka menggunakan prinsip lampu, pementasan, memberi tumpuan dan penapisan untuk mencapai tertentu rupa visual untuk gambar siaran televisyen atau gerakan.

Manakala, Animator adalah seorang artis yang mencipta berbilang imej yang dikenali sebagai Frames, yang memberikan ilusi pergerakan dipanggil animasi apabila dipaparkan dalam urutan yang pesat. 

Animator boleh bekerja dalam pelbagai bidang termasuk filem, televisyen, dan permainan video.

 

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pengendali Kemera, Animator(Camera Operator, Animator)

Antara ciri-ciri personaliti yang anda perlu ada adalah Inovasi. Sentiasa mempunyai idea baru, pemikiran kreatif, imaginasi baru dalam bentuk peranti atau kaedah.

Menjadi seorang pengendali kamera dan animator haruslah mempunyai idea/pemikiran kreatif kerana anda tahu bagaimana mahu sediakan semua “prop” untuk menjadikan satu cerita itu sempurna dan menarik.

Kemahiran yang perlu ada diri seorang pengendali kamera dan animator adalah pertama, idea dan logik. Animator boleh bekerja dalam pelbagai bidang termasuk filem, televisyen, dan permainan video jadi, seorang animator haruslah berfikir secara logik untuk mengolah idea menjadikan ia satu kerja yang sempurna.

Manakala untuk pengendali kamera pula, harus tahu dimana sudut untuk menangkap dan merekodkan semua aspek adegan untuk filem atau televisyen.

Kedua, lisan. Kenapa bekerja sebagai pengendali kamera dan animator perlu ada kemahiran lisan? Kerana, anda yang akan memberi tahu bagaimana kerja itu harus dilakukan, bagaimana mahu sediakan barang-barang untuk merekod semua kerja? Jadi, anda haruslah memberitahu para pekerja secara jelas supaya mereka faham apa yang anda kata atau cuba disampaikan.

Akhir sekali, laluan kerjaya seorang Camera operator, Animator ialah menjadi seorang pengarah fotografi atau ahli teknologi imej.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *