Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Ahli Arkeologi(Archaelogists)

Untuk menjadi seorang ahli arkeologi anda biasanya perlu melengkapkan ijazah di universiti dengan major di arkeologi, diikuti dengan kelayakan Pasca Sarjana dalam arkeologi atau warisan budaya.

Apakah peranan seorang ahli arkeologi?

Apakah kemahiran dan pengetahuan yang perlu ada pada seorang Archaelogists?

Apakah ciri-ciri personaliti seorang ahli arkeologi?

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Ahli Arkeologi(Archaelogists)

Peranan sebagai ahli arkeologi adalah untuk menyiasat dan memelihara petunjuk-petunjuk yang terhingga dan rapuh dari bekas budaya agar mereka dapat memahami pautan mereka pada masa lalu. Ahli arkeologi menyiasat tapak bersejarah dan prasejarah.

Kemahiran yang perlu ada pada seorang ahli arkeologi adalah penyelidikan, fotografi bermaksud mengambil gambar-gambar barang sejarah sebagai bukti, kerja secara teratur dan pengetahuan yang baik dalam sejarah.

Seterusnya, ciri-ciri personaliti untuk seorang ahli arkeologi adalah pertama, sifat ingin tahu. Kenapa? Kerana anda seorang ahli arkeologi mesti anda akan tertanya-tanya bagaimana boleh terjadi perkara macam ini? Bila terjadinya benda ini dan macam-macam persoalan yang akan bermain di minda anda. Tugas anda adalah mencari bahan , mentafsir dan ahli arkeologi bertanggungjawab untuk mengkaji kesan pengaruh persekitaran terhadap tumbuhan yang dikaji.

Kedua, kreatif. Kenapa kreatif juga adalah salah satu ciri-ciri personaliti yang perlu ada pada seorang ahli arkeologi kerana cara mereka membuat kerja, jalankan penyelidikan, dan harus pandai dalam menyusun bahan-bahan lama itu untuk dijadikan satu gambaran yang menarik untuk di jadikan sebagai rujukan dikemudian hari.

Akhir sekali, pengetahuan yang seorang ahli arkeologi perlu tahu dan mahir adalah seperti pengetahuan tentang geografi kerana kajian tertumpu kepada ciri-ciri geografi di kawasan kajian bertepatan dengan tema yang dikaji dan isu-isu geografi semasa.

Kajian ini juga bertujuan untuk meluaskan persepsi anda terhadap alam sekitar dan penguasaan kemahiran geografi.

Selain itu, Sejarah. Pasti ada sebab kenapa anda pilih kerjaya sebagai seorang ahli arkeologi(Achaelogists) kan? Jadi, salah satunya sebabnya ialah sebab anda berminat dengan pengetahuan asas tentang sejarah yang menceritakan tentang zaman-zaman dahulu dan itu menguatkan lagi rasa anda untuk mengetahui tentang perkara-perkara seperti itu.

Jadi, adakah anda pilih kerjaya sebagai seorang ahli arkeologi(Achaelogists)  ataupun bukan?

 

Terima Kasih, Selamat Maju Jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *