Apa yang anda tahu tentang ahli psikologi ? Apakah syarat untuk menjadi doktor/ahli psikologi?
Apa yang di pelajari dalam bidang psikologi? Apa perbezaan psikiatari dan psikologi? Berapa banyakkah jenis psikologi di Malaysia? Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang psychologists? Apakah personaliti seorang ahli psikologi?
Buat pengetahuan tuan-tuan dan cikpuan, ahli psikologi ialah orang yang mempelajari proses-proses mental dan tingkah laku manusia dengan memerhati, mentafsir, dan merekodkan bagaimana orang berkaitan dengan satu sama lain dengan alam sekitar. Sesetengah ahli psikologi bekerja secara bebas, melakukan penyelidikan atau hanya bekerja dengan pesakit atau pelanggan sahaja.
Menjadi ahli psikologi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dalam mengendalikan pesakit-pesakit mereka.
Jadi, apakah pernanan sebagai seorang psikologi? Ahli psychologists memainkan peranan dalam menilai, mendiagnosis, dan merawat disfungsi tingkah laku akibat, atau berkaitan dengan kesihatan fizikal dan mental pesakit.
Menjadi ahli psikologi bukannya mudah jadi anda perlu perbanyakkan mengkaji atau belajar untuk menambah ilmu pengetahuan. Antara pengetahuan yang anda perlu tahu untuk menjadi ahli psikologi adalah kajian sosial. Kajian yang memerlukan pelbagai bidang sains sosial dan kemanusiaan, termasuk sejarah, geografi, fizik, kimia , biologi dan sains politik.
Kemahiran yang perlu ada seorang ahli psikologi adalah :
- Berkomunikasi: Menjadi seorang psikologi bukan hanya pandai bercakap menggunakan mulut tetapi harus bijak menyusun kata dan menggunakan akal fikiran dan tahu bagaimana mahu berinteraksi dengan pesakit anda. Terdapat beberapa jenis pesakit yang dirujuk pada psikologi tetapi salah satunya adalah individu sensitif. Individu yang sensitif merupakan individu Introvert yang bermaksud seorang pemalu dan biasanya berfikiran sendiri. Maka individu lain yang berinteraksi dengan individu sensitif harus menitik berat beberapa aspek penting sewaktu berurusan dengan mereka.
- Menyelesaikan masalah: Ini adalah salah satu kemahiran yang perlu ada pada seorang psikologi kerana anda yang akan berdepan dengan bermacam-macam jenis pesakit dan anda sendiri yang akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Jadi, anda mestilah mempunyai mental yang kuat untuk mengendalikan masalah orang lain yang akan melalui masa yang sukar.
Akhir sekali, untuk personaliti seorang ahli psikologi ialah pertama, mudah didekati. Maksudnya, anda seorang yang mesra dan mudah untuk bercakap dengan sesiapa sahaja. Apabila anda bekerja sebagai seorang psikologi, anda haruslah ringan mulut. Maksudnya, menjadi seorang ahli psikologi yang suka berbual atau peramah dan bukannya berat mulut yang tidak suka berbual atau susah untuk bercakap dengan pesakit.
Kedua, Kesabaran. Kenapa kesabaran? Kerana tidak semua pesakit yang datang berjumpa anda, akan bercerita straight to the point tentang masalah mereka , jadi masa itulah anda perbanyakkan bersabar. Walaupun anda rasa “bosan” kerana menunggu untuk mendengar dan mengetahui masalah mereka yang sebenarnya, anda tidak boleh tunjuk sikap yang begitu pada pesakit anda kerana itu adalah kerja anda untuk mendengar masalah mereka.
Jadi, apakah kerjaya pilihan anda? Nantikan kerjaya yang seterusnya!
hello, saya berminat dengan course psychologist. i love to read people, talk to strangers, etc. Tetapi saya tidak ada sijil pembelajaran spm, boleh saya tahu macam mana untuk dapat bidang psychologist? saya suka membaca buku seperti mindset, business and read people like a book.