Apa sahaja soalan yang boleh ditanyakan kepada penemuduga dalam sesi temuduga kerja pasca covid 19? Ini adalah diantara beberapa soalan yang ditanyakan kepada career cube, selain daripada apa sahaja soalan yang biasa ditanyakan dalam temuduga mencari kerja.
Selepas sesi temuduga, biasanya penemuduga akan menanyakan apakah kita mempunyai pertanyaan atau tidak. Di sini Career Cube akan kongsikan bagaimana dan apa sahaja soalan yang boleh diajukan semasa interview, khas semasa pandemi Covid 19 ini
✔️ “Bagaimana pandangan syarikat tentang WFH? Pilihan sementara pandemik atau pilihan yang akan jadi norma baru?”
Untuk ketahui level kepercayaan syarikat kepada pekerja atau boleh tahu cara fikir syarikat adalah traditional atau mengikut keperluan semasa. Kerana gen Z dan Ultra lebih cenderung kepada jadual kerja anjal, hanyalah perlu belajar cara kemas kini kerja dan capai target. Namun tak bermakna WFH setiap hari, aplikasi yang baik ialah keseimbangan dan keterbukaan syarikat dengan konsep baru yang sesuai dengan operasi syarikat.
Kalau kilang, mana boleh work from home kan? Nak angkut mesin balik rumah?
✔️ “Bagaimana syarikat mengurus pekerja secara jarak jauh. Menggunakan platform atau tools apa?
Untuk tahu proses update kerja secara harian atau budaya kerja WFH. Adakah perlu video meeting setiap minggu? Peluang anda ketahui budaya kerja di syarikat tersebtu dan mentally, physically prepared. Contoh kena respon dalam group whatsap sentiasa walau siang malam petang dan weekend.