Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pegawai Sumber Manusia(Human Resource Officer)

Adakah anda belajar dalam bidang Pegawai Sumber Manusia(Human Resource Officer)?

Apakah peranan sebagai pegawai sumber manusia?

Apakah tugas sebagai “Human Resource Officer”?

Apakah personaliti yang perlu ada untuk menjadi pegawai sumber manusia dan yang terakhir apakah laluan kerjaya untuk pegawai sumber manusia?

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pegawai Sumber Manusia(Human Resource Officer)

Apakah peranan sebagai pegawai sumber manusia? Peranan sebagai “Human Resource Officer” adalah bertanggungjawab mengambil, membangunkan dan menjaga pekerja. Ini melibatkan fungsi seperti prestasi latihan dan pemantauan untuk pegawai sumber manusia.

Kemahiran yang perlu ada pada pegawai sumber manusia adalah:

  1. Menyelesaikan masalah: Menjadi seorang pegawai sumber manusia, mereka seharusnya mempunyai fizikal dan mental yang kuat kerana mereka yang akan menjaga pekerja-pekerja di bawah mereka.
  2. Komunikasi: Mereka haruslah bijak dalam pertuturan kata kerana mereka memikul tanggungjawab yang besar dalam pengambilan pekerja jadi, sekiranya mereka tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi secara baik, adakah mereka mampu menjadi seorang Pegawai Sumber Manusia(Human Resource Officer)?
  3. Sistem maklumat sumber manusia (HRIS): Satu kaedah yang menggunakan sistem atas talian. Di dalam sistem tersebut mempunyai segala maklumat tentang Sumber Manusia. Dari satu maklumat peribadi, pegawai sumber manusia boleh membuat penilaian prestasi, gaji dan pelbagai maklumat tentang pekerja mereka.

Bagi personaliti seorang Pegawai Sumber Manusia(Human Resource Officer) adalah yang pertama, meletakkan diri dalam kedudukan orang lain(empathy). Maksudnya, tidak semua pegawai sumber manusia ni “complicated”. Apabila anda sudah menjadi sebahagian daripada pegawai sumber manusia, anda akan faham kenapa anda harus meletakkan diri dalam kedudukan orang lain. Tidak semestinya, keputusan yang anda buat pada hari itu adalah benar tetapi anda harus mendengar beberapa pihak sebelum terus membuat sebarang keputusan.

Kedua, bersifat kata hati atau senang kata gerak hati anda. Seorang pegawai sumber manusia mempunyai  keupayaan untuk memahami atau mengetahui sesuatu tanpa sebarang bukti atau proses penalaran tetapi sebelum membuat sebarang keputusan , anda haruslah bijak mengendalikan situasi tersebut.

Ketiga, mereka mempunyai personaliti yang “Organized”. Maksudnya, mereka mempunyai sikap yang tersusun atau berstruktur dengan cara yang sistematik dan dapat merancang aktiviti dengan begitu cekap.

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang pegawai sumber manusia (Human Resource Officer) adalah  menjadi seorang Pakar latihan dan pembangunan, Eksekutif dan Pakar sumber manusia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *