Kali ini, Career Cube akan kongsikan kepada anda tentang cara dan tip untuk menjawab soalan temuduga. Tentunya ramai di antara anda mencari koleksi soalan-soalan temuduga, tidak kira untuk temuduga jawatan SPA, imigresen, pegawai atau pentadbiran bank, dan lain-lain.
Kebiasaannya akan ada banyak pertanyaan yang berbeza, tetapi akan ada juga pertanyaan asas (competency based interview question).
Apa itu competency-based interview question?
Competency-based interview adalah satu set soalan open-ended untuk mengetahui soft skill calon berdasarkan pengalaman sebenar calon.
Contoh soalan:
“Terangkan tindakan anda apabila ada di antara ahli kumpulan yang tidak memberikan komitmen dalam tugasan berkumpulan”
Ia tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapannya bukanlah berdasarkan
- Saya rasa…
- Kalau saya lah…
- Apa saya akan buat…
Bukan macam itu ya.
Soalan ini ditanya untuk merujuk kepada pengalaman sebenar calon dan bagaimana calon bertindak terhadap situasi itu.
Mengapa soalan begini ditanya?
“Past behaviour is the best indicator of future performance”
Bagaimana hendak menjawab competency based interview question ini?
Urutan untuk menjawab soalan seperti di atas adalah dengan menggunakan konsep C.A.R iaitu:
C – Context ➡️ Menerangkan situasi, bila berlaku dan siapa yang terlibat.
A – Action ➡️ Menerangkan apa tindakan yang anda lakukan.
R – Result ➡️ Menerangkan hasil daripada tindakan anda.
Contoh jawapan:
Context
- “Saya ada tugasan berkumpulan untuk subjek sains politik dan ahli kumpulan terdiri daripada 5 orang. Tugasan subjek itu adalah untuk membuat tinjauan (survey) dan temu duga pelbagai peringkat berkaitan isu kos sara hidup.Tugasan telah diagihkan dan seorang ahli kumpulan tidak memberikan komitmen dengan baik seperti banyak memberikan alasan, tidak memberikan maklum balas apabila ditanya dan tidak menyiapkan tugasan yang sepatutnya beliau lakukan.”
Action
- “Saya sebagai ketua kumpulan sudah membuat jadual perjumpaan seminggu awal, menyenaraikan tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap ahli kumpulan dan mengirimkan senarai tugasan itu ke dalam kumpulan Whatsapp serta meletakkan tarikh akhir tugasan tersebut perlu dihantar. Saya juga follow up ahli kumpulan saya dua hari dan sehari sebelum tarikh akhir penghantaran tugasan. Saya juga sering ingatkan kepada ahli kumpulan, jika memerlukan sebarang bantuan maklumkan sahaja di dalam kumpulan Whatsapp. Saya dan ahli kumpulan yang lain akan sedia membantu.”
Result
- “Selepas pertemuan pada minggu pertama dan kedua beliau hilang dan tidak menyiapkan tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh beliau. Kami terpaksa menyiapkan tugasan itu untuk beliau dengan ahli kumpulan yang lain serta memberikan amaran kepada beliau bahawa kami akan melaporkannya kepada pensyarah. Hasilnya, di pertemuan yang ketiga, beliau sudah memberikan maklum balas yang baik dan sentiasa memberikan jawapan apabila ditanya kerana beliau sudah tiada alasan untuk mengelak. Jika beliau masih mengelak, berkemungkinan akan menjejaskan keputusan peperiksaannya untuk subjek itu.”
Dengan penerangan yang kami berikan tadi, adakah anda sudah jelas dengan konsep C.A.R itu?
Adakah anda boleh menjawab soalan temuduga seperti di atas dengan baik?
Anda boleh menggunakan konsep yang kami terangkan di atas untuk diaplikasikan ketika menjawab soalan temu duga nanti.
Semoga berjaya!