Apakah tip/cara plih kasut untuk temuduga wanita?
Wanita dan kasut, memang tidak dapat dipisahkan. Pemilihan kasut amatlah penting sama ada untuk wanita bekerjaya ataupun tidak.
Kebanyakan wanita masa kini lebih menggemarkan gaya kasut yang lebih selesa, santai dan fleksibel untuk digayakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja tetapi anda harus tahu apabila anda memilih kasut, anda seharusnya memilih kasut yang boleh dibawa ke pejabat atau hadir ke temuduga (acara formal), dengan bentuk kasut yang sesuai kerana kasut jugak memainkan peranan yang penting dan akan memberi persepsi yang baik terhadap penemuduga itu tentang penampilan diri anda.
Kasut memberi impak formal/kasual buat si pemakai.
Antara ketiga-tiga bentuk kasut di atas, bentuk kasut A dan B adalah kasut yang paling sesuai atau “formal” untuk digunakan harian atau untuk apa-apa acara formal tetapi terdapat beberapa perbezaan di antara dua kasut ini iaitu bentuk kasut A, sesuai untuk bentuk kaki yang kecil dibahagian jari kaki.
Maksudnya, kasut ini sesuai untuk anda yang berbentuk badan kurus tetapi bukan untuk orang yang kakinya berbentuk agak lebar sedikit di bahagian jari kaki.
Kebanyakkannya kasut yang sesuai untuk kaki yang berbentuk lebar dibahagian jari kaki ialah bentuk kasut B dan ianya adalah dikalangan kita semua.
Disamping itu, bentuk kasut C pula adalah sejenis kasut yang santai(tidak formal) atau tidak sesuai dibawa ke temuduga dan kerja jadi sekiranya anda jenis yang berduit, anda boleh beli kasut ini untuk dipakai kemana-mana sahaja atau apa-apa acara/majlis tetapi bukan ke tempat kerja.
Sekarang, anda sudah tahu kan bagaimana cara/tip pilih kasut untuk temuduga wanita?
Tip penampilan ini dikongsikan daripada Puan Mary Anni, Master Trainer di Akademi Perunding Imej Profesional.
Semoga berjaya buat yang bakal ditemuduga dan memulakan alam kerjaya!
Nota: Warna kasut, disarankan berwarna hitam (warna korporat).