Tip Pakaian Temuduga Lelaki

Apakah tip pakaian temuduga lelaki?

Tip Pakaian Temuduga Lelaki

Penampilan seseorang itu memainkan peranan penting dalam menentukan ciri-ciri kepribadian seseorang daripada pandangan mata seseorang itu seperti penemuduga. Apabila anda mendapat panggilan untuk hadir ke temuduga pastikan anda sudah mempunyai pakaian yang lengkap seperti dari baju hingga ke kasut kerana “first impression” terhadap penemuduga sangatlah penting kerana mereka akan menilai anda dari segi apa pun jadi berhati-hati dalam bab penampilan diri.

Kerap kali soalan-soalan begini timbul sebelum seorang calon lelaki ingin ke temuduga:

“Pakaian warna apa yang sesuai untuk pergi ke temuduga?”

“Apa lagi item yang perlu dipakai ke temuduga?”

“Perlu pakai tali leher ke temuduga?”

Infografik berikut boleh membantu anda menjawab persoalan berkenaan pakaian ke temuduga.

Kemeja dan tali leher adalah pemakaian formal. Lelaki yang mengenakan pakaian ini tampak lebih tampan dan profesional.

Secara umumnya, pemilihan warna kemeja yang dicadangkan adalah berwarna lembut kerana ia memberi persepsi friendly dan easy-going.

Tali leher haruslah mempunyai corak ringkas yang dibenarkan dengan kelebaran sederhana dan sepadan dengan kemeja yang dipakai.

Selain itu, untuk tali jam tangan(bertali kulit), tali pinggang dan kasut biarlah berwarna gelap supaya ia kelihatan lebih profesional.

Untuk kasut, cari kasut yang bertali lebih baik tetapi bukan jenis kasut bertali seperti sport shoes atau sneakers ya, cari kasut seperti “Oxford” yang menggunakan material jenis kulit yang mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis-majlis rasmi.

Seterusnya, sarung kaki dan seluar seelok-eloknya mempunyai warna yang senada kerana kalau warna yang tidak senada ia akan kelihatan tidak profesional dan tidak nampak tampan sekiranya memakai warna sarung kaki yang agak terang takpun tidak senada warnanya dengan seluar.

Akhir sekali, jangan lupa untuk membawa sapu tangan kerana ia amat berguna ketika anda berpeluh. Kemungkinan apabila anda dalam keadaan gementar atau ketakutan sebelum atau ketika temu duga, pasti peluh akan mengalir keluar. Sudah tentu sapu tangan amat membantu anda ketika itu.

Semoga berjaya buat yang bakal ditemuduga dan memulakan alam kerjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *