Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Akauntan(Accountant)

Siapa diantara tuan-tuan/cikpuan yang pernah mengambil jurusan perakaunan?

Apakah tugas akauntan?

Apakah peranan sebagai seorang akauntan? 

Apakah personaliti yang perlu ada pada seorang akauntan?

Apakah laluan kerjaya untuk akauntan?

Apabila kita sebut sahaja perkataan “akauntan”, semua akan fikir nombor? Kenapa nombor?

Kerana anda akan menggunakan bilangan nombor yang sangat besar apabila kerja sebagai akauntan.

Kerjaya sebagai Akauntan adalah merancang, mengatur, dan mentadbir sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta individu.

 

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Akauntan(Accountant)

Peranan sebagai seorang akauntan ialah menganalisis maklumat kewangan dan menyediakan laporan kewangan untuk menentukan atau menyelenggarakan rekod aset liabiliti, keuntungan dan kerugian, liabiliti cukai, atau aktiviti kewangan lain dalam organisasi.

Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di sini memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan, syarikat serta individu untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur yang ditetapkan.

Bekerja sebagai akauntan bukan sahaja menggunakan nombor atau bagus dalam matematik tetapi anda juga perlu menambah ilmu pengetahuan dari segi ilmu pengetahuan statistik, teknologi maklumat(IT), ekonomi dan pengajian perniagaan(Business Studies).

Kemahiran yang perlu ada pada seorang akauntan adalah menguasai dalam mata pelajaran Matematik . Selain itu, kemahiran lisan. Seorang akauntan haruslah bijak dalam pertuturan kata kerana anda yang akan mengendalikan kewangan untuk syarikat atau seseorang individu tersebut, jadi anda sahaja yang faham kenapa jumlah itu wujud.

Manakala untuk ciri-ciri personaliti seorang akauntan adalah  keupayaan untuk mencapai kesempurnaan dan ketepatan apabila mencapai sesuatu tugas . Maksudnya, apabila anda bekerja sebagai akauntan, anda kena tahu yang anda bekerja dengan bilangan nombor yang besar jadi anda haruslah teliti dengan setiap jumlah yang anda kira untuk masuk atau keluarkan di dalam akaun tersebut.

Jadi, anda haruslah mencapai kesempurnaan dan ketepatan bagi mengelakkan masalah di masa hadapan.

Kedua, kualiti bersikap jujur dan mempunyai prinsip moral yang kuat. Maksudnya disini adalah apabila anda mengendalikan kewangan seseorang ataupun syarikat, anda haruslah bersikap jujur pada diri anda dan juga semua orang yang terlibat kerana sekiranya anda ada niat jahat untuk mencuri atau mengambil walaupun sedikit jumlah duit yang anda kira itu, lambat atau cepat pasti anda akan terima balasannya juga.

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk akauntan adalah juruaudit, akauntan cukai, akauntan kewangan korporat, akauntan insolvensi perniagaan dan akauntan forensik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *