Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Perancang Perkahwinan (Wedding Planner)

Adakah cikpuan/tuan seorang perancang perkahwinan(Wedding Planner)? Apakah tugas/peranan sebagai seorang perancang perkahwinan?Apakah kemahiran/pengetahuan yang perlu ada pada seorang Wedding Planner?

Secara umumnya, seorang perancang perkahwinan dapat membantu segala kehendak dan kemahuan yang pelanggan  mahukan. Dari dekorasi ke jurugambar bahkan pemilihan busana pengantin juga mereka boleh sediakan, senang kata from A to Z, berikan sahaja segala tugasan itu kepada mereka.

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Perancang Perkahwinan (Wedding Planner)

Peranan sebagai seorang perancang perkahwinan/majlis adalah bertindak sebagai penghubung antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan dan pelbagai peserta perkahwinan. Perancang mungkin juga menawarkan nasihat konsultatif dan membantu anggaran dalam menyediakan semua keperluan pasangan pengantin.

Ciri-ciri persoanliti yang perlu ada pada seorang Wedding planner ialah pertama, kreatif. Kenapa kena kreatif? Kerana anda yang akan menjadi sebahagian orang terpenting dalam sesuatu majlis perkahwinan itu jadi anda mestilah mempunyai idea/pemikiran kreatif dari sudut menyusun dekorasi, tema warna  apa yang menarik atau sesuai untuk hari perkahwinan masa itu.

Kedua, tersusun. Anda kena bijak dalam menyusun atur perabut-perabut atau barang-barang seperti dekorasi untuk tempat itu. Anda kena pastikan tempat duduk tetamu dan pasangan pengantin disusun rapi dan cantik seperti yang mereka mahukan.

Selain itu, setiap perlatan yang akan digunakan sama ada di atas meja atau untuk bahagian makanan mestilah disusun dengan rapi agar tidak terjatuh atau berselerak.

Ketiga, anda kena pastikan setiap maklumat yang mereka katakan haruslah terperinci agar kedua dua belah pihak dapat apa yang disampaikan kerana mesti anda mahukan majlis perkahwinan yang anda langsungkan itu berjalan dengan lancar.

Jadi, anda harus bekerjasama dengan pihak pengantin dengan baik tanpa bermasam muka atau bertengkar sesama sendiri.

Seterusnya, antara kemahiran yang perlu ada pada diri anda(wedding planner) adalah pertama, berkomunikasi. Apabila anda menjadi seorang perancang perkahwinan/majlis, anda harus pandai dalam berkomunikasi kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis orang yang anda tidak pasti bagaimana persoanliti seseorang itu.

Jadi, anda harus berkomunikasi mengikut rentak mereka kerana itu pelanggan anda, anda kena pandai ambil hati mereka untuk mereka menggunakan perkhidmatan anda sebagai seorang perancang majlis/perkahwinan (Wedding planner) di dalam majlis perkahwinan mereka.

Kedua, rundingan. Menjadi perancang perkahwinan bukan melibatkan satu atau dua ratus tetapi melibatkan jumlah wang yang terlalu besar jadi anda harus pandai dalam tawar-menawar atau membuat rundingan dengan pelanggan. Jangan sampai anda ditipu atau termakanan dengan pujuk rayu mereka. Anda pun cari rezeki jadi anda harus pandai dalam dunia perniagaan.

Akhir sekali, jangan ingat menjadi perancang majlis/perkahwinan tidak memerlukan pengetahuan ya. Pertama, perniagaan. Kenapa anda harus tahu tentang selok belok dunia perniagaan. Semua orang teringin mempunyai perniagaan sendiri tetapi tidak semua orang tahu bagaimana mahu mulakan sebuah perniagaan.

Jadi, apabila anda mempunyai ilmu pengetahuan tentang perniagaan, anda akan tahu bagaimana mahu menguruskan setiap benda apabila anda berniaga tanpa meminta bantuan orang lain tetapi anda bukan robot jadi anda tetap perlukan satu atau dua orang yang anda percaya untuk uruskan peniagaan anda.

Kedua, Pemasaran. Zaman sekarang adalah zaman teknologi canggih, jadi pasti anda tahu bagaimana mahu memasarkan perniagaan anda atau di platform digital mana yang anda boleh gunakan untuk membuat pemasaran tentang perniagaan anda sebagai seorang Perancang Perkahwinan(Wedding Planner).

Akhir kata dari kami warga CareerCube, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih bermaksud jika anda hendak melakukan sesuatu itu, anda akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya anda dan demikian juga sebaliknya. Sekiranya anda menghadapi kesukaran di tengah jalan sekalipun, jangan pernah mudah putus asa!

Cuba dan terus mencuba sehingga berjaya!

Jadi, adakah anda mahu menjadi seorang Perancang Perkahwinan(Wedding Planner) atau memilih laluan kerjaya yang lain?

Terima Kasih! Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *