Ahli farmasi? Apa yang anda tahu tentang ahli farmasi(Pharmacist)?
Apakah tugas sebagai ahli farmasi? Apakah kelebihan menjadi ahli farmasi?
Apakah laluan kerjaya untuk seorang ahli farmasi? Apakah perbezaan di antara Farmakologi dan Farmasi?
Kalau anda nak tahu, selain daripada mengedarkan ubat, ahli farmasi menyediakan pendidikan penjagaan kesihatan profesional pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan. Ahli farmasi secara meluas dianggap sebagai pakar ubat, terutama berkaitan dengan menguruskan penyakit melalui penggunaan ubat dan pengedaran.
Ahli farmasi adalah pakar-pakar perubatan dan memainkan peranan yang penting dalam membantu orang mendapatkan hasil yang terbaik daripada ubat-ubatan mereka. Ahli farmasi menyediakan dan preskripsi dispense, memastikan ubat-ubatan dan dos yang betul, mengelakkan interaksi ubat berbahaya, dan pesakit peguam bagi penggunaan yang selamat dan sesuai untuk ubat-ubatan mereka.
Antara kemahiran yang perlu ada pada seorang ahli farmasi adalah tak kiralah dari sektor farmasi yang mana sekalipun, basic seorang ahli farmasi adalah berkaitan ubat dan ubat tu ada banyak jenis jadi sudah tentu anda memerlukan penghafalan yang banyak.
Walaupun terdapat jugak sedikit pengiraan, tapi ianya tak banyak. Akan tetapi bab yang berkaitan dengan pengiraan tersebut tetap ada dan sangat penting! Contohnya dimana kepekatan ubat dalam darah perlu dikira dan dari pengiraan itu, ahli farmasi akan memberi cadangan kepada doktor sama ada perlu atau tidak dos ubat ditukar bagi seseorang pesakit itu.
Selain itu, anda harus peka dengan keadaan sekeliling anda kerana anda seorang ahli farmasi jadi sekiranya berlaku apa-apa, anda tahu ubat apa untuk di bagi kepada pesakit itu tetapi mestilah rujuk kepada doktor juga terlebih dahulu.
Personaliti/ciri ciri yg perlu ada pada seseorg yg terlibat dlm kerjaya sebagai ahli famasi ini adalah pertama, kebimbangan terhadap orang lain. Maksudnya, anda mesti dapat mempertimbangkan keperluan dan kesulitan orang lain dan mengambil minat aktif dalam perasaan, keupayaan, dan perspektif mereka untuk membantu mereka menghadapi kesukaran yang mereka hadapi dan bertindak dengan integriti, dan keprihatinan.
Seorang ahli farmasi adalah seorang “lifelong learner“. Sebab ilmu farmasi ini sentiasa berubah bergantung kepada penemuan-penemuan baru, terutamanya ubat-ubatan yang baru dalam pasaran. Jadi, kalau anda rasa nanti dah tamat pengajian dan selepas itu mahu terus mencari kerja sahaja, malas dah nak belajar untuk tambah ilmu pengetahuan tentang ubat-ubatan ini, farmasi bukanlah pilihan yang baik untuk anda.
Kalau anda nak tahu, pengetahuan yang anda harus mahir juga adalah seperti subjek fizik, biologi, kimia, matematik, perubatan, dan juga penjagaan kesihatan.
Akhir sekali, apabila anda menjadi ahli farmasi tidak bermakna anda duduk sahaja di kedai-kedai farmasi tu sebagai pembantu peribadi untuk farmasi itu tetapi anda boleh mendapat laluan kerja sebagai ahli farmasi klinikal, ahli farmasi komuniti, ahli farmasi perindustrian, ahli farmasi nuklear.
Terima Kasih! Semoga Berjaya!
Hey there, I appreciate you posting great content covering that topic with full attention to details and providing updated data. I believe it is my turn to give back, check out my website QH5 for additional resources about Cosmetics.