Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Biologi(Biologist)

Ahli biologi  adalah seorang saintis yang mengkaji kehidupan, organisma tertentu dan hubungan mereka dengan persekitaran mereka.

Secara umumnya, ahli biologi mengkaji manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan bakteria untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana tubuh berfungsi dan bagaimana faktor-faktor luaran boleh mempengaruhi setiap organisma.

Jadi, apakah peranan ahli biologi? Apakah kemahiran dan ciri-ciri personaliti yang perlu ada pada seorang Biologist? Akhir sekali, ke manakah laluan kerjaya untuk seorang ahli biologi?

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Biologi(Biologist)

Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang ahli biologi? Pertama, penyelidikan. Kemahiran penyelidikan adalah keupayaan untuk mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir dan menilai maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang dikaji.

Secara ringkas, kemahiran penyelidikan membantu anda mencari jawapan kepada setiap soalan yang anda cari.

Kedua, menulis(writing). Maksudnya, setiap apa yang anda kaji atau membuat pemerhatian, anda mestilah catat atau tulis report agar memudahkan anda membuat rujukan di akhir penyelidikan sebelum menganalisis dan mentafsirkannya.

Ketiga, penyelesaian masalah. Maksudnya, anda tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah. Anda tahu bagaiamana untuk mengendalikannya.

Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyebabnya jadi anda sebagai seorang ahli biologi haruslah mencari punca-puncanya itu.

Manakala untuk ciri-ciri personaliti seorang ahli biologi adalah Rasa ingin tahu bermaksud anda perlu keinginan yang kuat untuk belajar atau mengetahui sesuatu benda atau perkara itu. 

Mereka mencari jawapan kepada soalan-soalan mereka demi memperoleh pengetahuan. Mereka yang ingin tahu mungkin juga aktif mencari cabaran dan pengalaman baru kepada meluaskan pengalaman mereka.

Kedua, kesabaran. Anda sebagai seorang ahli biologi memerlukan kesabaran yang tinggi kerana menjalankan penyelidikan bukanlah sesuatu kerja yang mudah untuk mengkaji manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan bakteria untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana ia berfungsi.

Akhir sekali, laluan kerjaya sebagai seorang ahli biologi adalah menjadi seorang ahli biologi marin, ahli sains zoologi dan juga bio teknologi.

 

Terima Kasih, Semoga Maju Jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *