Jurulatih atletik ialah mengarah dan bekerjasama dengan atlet untuk menyediakan mereka untuk persaingan. Jurulatih membantu atlet untuk bermain atau melakukan dengan terbaik secara individu atau sebagai pasukan dalam sukan seperti bola sepak, besbol, bola keranjang, hoki, bola sepak, dan lain-lain lagi.
Jurulatih atletik sangat pakar dalam menyusun strategi, mengemukakan teknik-teknik yang baru untuk para atlet dan sangat tegas dalam bab peraturan.
Jadi, apakah personaliti yang perlu ada pada seorang Jurulatih Atletik? Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang Athletic Coach dan ke manakah laluan kerjaya seorang Jurulatih Atletik?
Antara ciri-ciri personaliti yang perlu ada seorang Jurulatih Atletik adalah bersedia, pendengar yang baik, dan mempunyai belas kasihan terhadap para-para atletnya.
Pendengar yang baik bermaksud tidak semestinya menjadi seorang jurulatih, anda peru bersifat tegas tetapi kadang kala haruslah menjadi pendengar yang baik kerana mereka juga manusia, anda pun manusia. Mesti kena ada saling faham antara satu sama lain. Anda sebagai seorang jurulatih atletik seharusnya memberi tunjuk ajar atau contoh yang baik terhadap para-para atlet anda.
Selain itu, mempunyai belas kasihan terhadap para-para atlet. Menjadi seorang jurulatih, haruslah mempunyai sifat berperikemanusiaan. Tidak semestinya, anda harus bersifat tegas setiap masa, menyuruh mereka melakukan aktiviti itu ini tanpa henti tetapi beri mereka peluang untuk beriadah bersama rakan-rakan atau keluarga mereka.
Seterusnya, bersedia dalam apa jua keadaan. Maksudnya, tugas anda adalah melatih para-para atlet untuk sentiasa bersedia menghadapi persaingan mereka di masa hadapan.
Kemahiran yang perlu ada pada seorang Athletic Coach adalah pertama, motivasi. Kenapa motivasi? Kerana, anda akan menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan. Anda haruslah sentiasa memberi motivasi jati diri untuk para-para atlet agar terus berjuang hingga berjaya.
Kedua, stamina fizikal. Menjadi seorang jurulatih haruslah mempunyai stamina yang kuat. Sekiranya tidak, bagaimana anda mahu melatih para-para atlet? Kalau anda sendiri kurang stamina anda akan gagal, begitu juga dengan para-para atlet. Jadi, sebelum menjadi seorang jurulatih pastikan anda mempunyai stamina yang cukup merangkumi pelbagai aspek termasuk fizikal dan mental.
Jadi, ke manakah laluan kerjaya sebagai seorang Jurulatih Atletik? Anda boleh menjadi sebahagian daripada ahli terapi sukan, pengurus pusat kecergasan, pentadbir sukan ataupun guru sukan.