Tip dan Cara Buat Resume Inforgrafik

Mohon kerja bukan sekadar hantar Email ya! Majikan akan minta anda hantarkan salinan resume dan juga Curriculum Vitae(CV).

Apakah perbezaan diantara Resume dan Curriculum Vitae(CV)? Resume yang bagaimana sesuai untuk dihantar kepada majikan?

Adakah resume anda jenis Resume Infografik, Resume Functional atau Resume Chronological?

Apakah RESUME? Ia adalah satu pengenalan diri untuk diberi kepada majikan.

Tujuan resume? Supaya kita di panggil ke temuduga. “Eh, resume bukan untuk dapat kerja?”

Cuba tuan/cikpuan bagi tahu siapa terus ambil anda kerja hanya berdasarkan resume? Tak ada kan? mesti mereka panggil temuduga untuk jumpa dahulu Setidaknya majikan akan buat temuduga secara panggilan telefon atau panggilan video

So, fungsi resume adalah supaya anda dapat temuduga

Tip dan Cara Buat Resume Inforgrafik

RESUME INFOGRAFIK

Tidak dinafikan ia eye-catchy. Sebelum itu, fahami dahulu komponen penting di dalam resume.

  1. Content
  2.  Structure
  3.  Design

===== Content (what to put) & Structure (how to arrange it) =====

  1. Akademik
  2.  Pengetahuan/kemahiran tambahan – seminar, bengkel, konvensyen, simposium dan sebagainya
  3.  Pengalaman kerja – yang ni perlu terperinci; pernah buat apa, kendalikan mesin apa, kendali projek khas dan sebagainya
  4. Nilai kepimpinan – apa-apa sahaja jawatan pernah disandang
  5. Tahap pencapaian – sukan boleh, pertandingan mahupun anugerah
  6.  Kemahiran – bahasa, pengendalian mesin atau komputer
  7. Rujukan – maksimum 2; 1 daripada institusi pengajian dan 1 lagi supervisor LI atau ex-boss!

===== Design (attractive) =====

Industri kreatif amat sesuai dengan reka bentuk berseni. Melambangkan kekreatifan.

Contoh: broadcasting, designer, model!

Industri semi konvensional boleh terima reka bentuk kreatif namun masih melihat pada kandungan resume. Contoh: pendidik, pengurusan, kesihatan.

Industri konvensional utamakan kandungan resume melebihi reka bentuk.

Contoh: perbankan, kewangan, legal.

=====

Bila dah jelas dan konkrit kandungan apa nak diletak dan aturannya, gunalah infografik canggih macamana pun, tiada masalah. Yang penting, kandungan resume mencerminkan nilai kompetensi calon.

Kalau setakat cantik dan kreatif tanpa nilai kompetensi, tidak memberi apa-apa maksud.

Kena ingat, infografik tu belum tentu kekreatifan calon. Ia boleh ditempah.

 

Terima Kasih!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *